Analisis fundamental kini tersedia di TradingView!

Nov 25, 2019

Mulai hari ini, pelabur TradingView boleh melihat data kewangan di carta untuk saham yang dikehendaki. Membuat analisis tren dalam hasil, membuka kunci kepada matlamat pasaran tersembunyi tentang perolehan sesebuah syarikat dan lain-lain lagi. Pelancaran baru ini memberikan semua orang data kewangan yang diperlukan untuk menilai kedudukan kewangan sesebuah syarikat dan menentukan sama ada ia terlebih nilai atau terkurang nilai.

Untuk bermula, cari butang Kewangan yang terletak di bahagian atas carta TradingView anda dan menekannya:

Semua data kewangan di TradingView dibahagikan kepada empat kategori utama: Penyata Pendapatan, Kunci Kira-kira, Tunai Bebas, dan Nisbah. Selepas menekan butang Kewangan di bahagian atas carta anda, tetingkap yang memaparkan keempat-empat kategori ini akan muncul dengan penunjuk berbeza dalam setiap kumpulan. Inilah tempat anda memilih penunjuk carta seperti EPS dan EBITDA (cari penunjuk tersebut dalam kategori Penyata Pendapatan) atau nisbah harga kepada perolehan dan harga kepada jualan ( cari dalam kategori Nisbah).

Anda juga boleh membandingkan penunjuk kewangan yang sama untuk syarikat yang berlainan di carta yang sama. Untuk berbuat demikian, tekan butang Tetapan di carta anda, pergi ke Input dan tekan butang Simbol Lain:

Penunjuk-penunjuk kewangan berikut telah ditambahkan kepada TradingView dan kami bergembira untuk melihat bagaimana pelabur akan menggunakannya. Pada bulan-bulan yang akan datang, kami akan menambahkan lebih banyak penunjuk dan kaedah yang unik untuk menilai syarikat-syarikat. Berikut ialah panduan terperinci bagi setiap penunjuk fundamental:

PENYATA PENDAPATAN

Jumlah Hasil Medan ini mewakili jualan kasar dan hasil kendalian dikurangi dengan potongan, pulangan dan elaun. 
Kos Hasil,Jumlah Medan ini menunjukkan jumlah Kos Barang Dijual  – Tidak Termasuk Susut Nilai & Pelunasan dan Susut Nilai, Susutan & Pelunasan.
Jumlah Perbelanjaan Operasi Mewakili jumlah perbelanjaan yang berkaitan dengan operasi.
Keuntungan Kasar  Medan ini mewakili perbezaan antara jualan atau hasil dan kos barangan dijual dan nilai susut. Untung Kasar = Hasil – Kos barangan dijual termasuk D&A.
Kajian & Pembangunan Medan ini mewakili segala kos yang berkaitan secara langsung dan tidak langsung dengan penciptaan dan pembinaan proses, teknik, aplikasi dan produk baru yang berpotensi komersial.
Penjualan/Umum/Perbelanjaan Admin, Jumlah Medan ini memulangkan Jumlah Perbelanjaan Operasi : Kajian Pembangunan tambah Penjualan Umum dan Pentadbiran
Pendapatan Kendalian Medan ini mewakili perbezaan antara jualan dan jumlah perbelanjaan operasi.
Pendapatan Bersih Medan ini memulangkan pendapatan bersih tersedia kepada EPS tercair habis untuk suatu tempoh dan tarikh yang diminta dalam matawang tempatan secara lalai.
EPS Dicairkan Medan ini memulangkan Perolehan Sesyer tercair habis seperti yang dilaporkan dalam pemfailan syarikat.
EBITDA Medan ini memulangkan EBITA (Pendapatan Operasi Tambah Susutan Nilai & Pelunasan). Ia dikira sebagai jumlah EBIT(Pendapatan Operasi) dan Susut Nilai,Kesusutan dan Pelunasan.

Jika Nilai Susut, Kesusutan, dan Pelunasan tidak tersedia, maka Nilai Susut, Kesusutan dan Pelunasan ( Aliran Tunai) akan digantikan. Sila ambil perhatian, oleh sebab sifat butiran data yang termasuk dalam pengiraan ini , maka formula hanya akan memulangkan data untuk syarikat perindustrian.

Kunci Kira-kira

Jumlah Aset Medan ini mewakili jumlah aset semasa , belum terima jangka panjang, pelaburan dalam anak syarikat tak disatukan, lain-lain pelaburan, harta bersih kilang dan peralatan, aset cukai tertunda dan aset-aset lain.
Hutang Jangka Panjang  Bahagian bukan semasa bag Hutang Jangka Panjang. Medan ini mewakili semua keperluan kewangan berfaedah, tidak termasuk bahagian semasa hutang jangka panjang, pencen, cukai tertunda dan kepentingan minoriti.
Jumlah Hutang  Jumlah Hutang Jangka Panjang. Medan ini mewakili semua obligasi berfaedah dan dimodalkan. Ia merupakan hasil tambah hutang jangka panjang dan pendek.
 Jumlah Liabiliti Medan ini mewakili semua obligasi jangka pendek dan panjang yang perlu dipenuhi oleh syarikat.
Jumlah Equiti Medan ini mewakili jumlah equity untuk sesuatu tempoh dan tarikh.
 Jumlah Liabiliti dan Equiti Pemegang Saham Medan ini mewakili hasil tambah jumlah liabiliti, kepentingan minoriti, rizab bukan equiti , saham keutamaan dan equiti biasa

ALIRAN TUNAI

Tunai daripada Aktiviti Operasi Medan ini mewakili tunai bersih daripada aktiviti operasi,
Tunai daripada Aktiviti Pelaburan  Medan ini mewakili tunai bersih daripada aktiviti pelaburan.
Tunai daripada Aktiviti Pembiayaan  Medan ini mewakili tunai bersih daripada aktiviti pembiayaan.
Aliran Tunai Bebas Medan ini mewakili aliran tunai percuma untuk seluruh syarikat

RATIOS

Pulangan Equti  Ia dikira sebagai Pendapatan Bersih TTM dibahagikan dengan dua purata tempoh fiskal.
Nisbah Harga kepada Nilai Buku Ia dikira sebagai Harga per syer dibahagikan dengan Nilai Buku per Syer.
 Nisbah Aliran Tunai Harga   Ia dikira sebagai Harga per syer dibahagikan dengfan Aliran Tunai Operasi per Syer.
Nisbah Jualan Harga  Ia dikira sebagai Harga per syer dibahagikan dengan Jualan Per Syer.
Nisbah Harga Perolehan Ia dikira sebagai Harga per syer dibahagikan dengan Perolehan Tercair per Syer TTM.
Permodalan Pasaran Ia dikira sebagai Harga per syer didarab dengan Bilangan Syer outstanding.
Kadar Hasil Perolehan Ia dikira sebagfai Perolehan Tercair per Syer dibahagikan dengan Harga per syer.

 

Semasa menggunakan data kewangan, amat penting untuk mengingati bahawa data kewangan diperoleh daripada penyata kewangan syarikat yang diterbitkan, contohnya pemfailan SEC. Adakalanya, sesebuah syarikat kehilangan sesetengah poin data untuk satu tempoh masa yang spesifik dan ini biasanya disebabkan pertukaran sumber utama data. Ini boleh memberi impak kepada kesediaan data tersebut.

Harap maklum bahawa penyedia data yang kami gunakan ialah Factset. Factset menggunakan teknologi tersendiri untuk mengumpul dan memproses data anda. Oleh sebab itu, penunjuk kewangan di TradingView mungkin berbeza dengan penunjuk sepadan yang disediakan oleh sumber lain. Anda boleh mencari maklumat lebih lanjut di sini.

Terima kasih kerana menjadi ahli TradingView dan sila maklumkan kepada kami jika anda menikmati pelancaran ini.

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami
Lancarkan Carta