TradingView Kini Menjadi Lebih Selamat

Feb 2, 2021

Keselamatan pengguna sentiasa menjadi keutamaan kami di TradingView. Kami sentiasa berusaha untuk meningkatkan aras keselamatan bagi semua komponen platform kami. Beberapa penambahbaikan ini tidak terlihat oleh pengguna kami kerana ia muncul dalam bentuk prestasi laman web yang bebas daripada masalah dan penyimpanan data peribadi. Hari ini, kami ingin memberitahu anda penambahbaikan yang dibuat baru-baru yang menjadikan TradingView lebih selamat.

Teknologi terkini yang melindungi sambungan anda.

Mulai akhir tahun 2020, kami telah mengemaskinikan sambungan terlindung kami (HTTPS) dan mengeluarkan semua penyulitan yang luar masa kini dan tidak selamat daripada pelayan. Langkah tersebut membolehkan kami mendapat nilai yang luar biasa pada laman ujian SSL (A+).

Bekerjasama dengan juruaudit keselamatan

Kami telah mengadakan kerjasama dengan professional dalam bidang keselamatan dan juga penggodam freelance untuk menghapuskan kerentanan yang berkemungkinan di platform. Adakah anda merupakan profesional keselamatan? Jika ya, sertailah Program Pencarian Pepijat TradingView.

Skrip yang dipercayai

Kami bercadang untuk melaksanakan Content-Security-Policy (CSP) di TradingView mulai 2 Feb 2021. CSP ialah sebuah langkah keselamatan untuk menghalang skrip daripada sumber yang tidak dipercayai. Ini akan mengurangkan peluang bagi penggodam untuk mencuri data atau melakukan sesuatu yang tidak diingini kepada akaun pengguna tanpa diketahui.

Account protection

Kami ingin mengingatkan anda bahawa perlindungan akaun anda amat penting, jadi pastikan anda menggunakan kata kunci yang kuat dan aktifkan pengesahan 2-faktor. Anda boleh mendapati maklumat keselamatan akaun di sini.

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami
Lancarkan Carta