Pine Menyokong Fungsi dan Pembolehubah Bina Dalam yang Baru Ditambah untuk Penunjuk Popular

Mar 13, 2020

Hari ini, kami telah menambahkan 17 fungsi dan pemboleh ubah baru kepada bahasa skrip Pine kami, termasuk Money Flow Index, Price-Volume Trend, dan lain-lain lagi. Jika anda masih belum mengenali Pine, anda boleh bermula di sini. Kami berharap mereka yang mengenali Pine akan menikmati penambahan ini.

Pembolehubah Baru:

iii (The Intraday Intensity Index)  merupakan penunjuk teknikal berasaskan volum yang mengintegrasikan volum dengan harga symbol. Ia boleh digunakan mengikut bagaimana tinggi dan rendah intrahari bergerak dengan volum berbanding harga tutup hari sebelum.

wad (Williams Accumulation/Distribution)  mengukur tekanan positif dan negatif pasaran. Ia berdasarkan data harga dan mewakili jumlah pergerakan harga positif(accumulation) dan negatif(distribution).

obv  (On-balance volume,OBV) merupakan penunjuk momentum teknikal perdagangan yang menggunakan aliran volum untuk meramal perubahan harga.

pvt  (The Price-Volume Trend) merupakan penunjuk yang boleh membantu menentukan arah harga dan kekuatan perubahan harga.

nvi (The Negative Volume Index) merupakan garis penunjuk teknikal yang mengintegrasikan volum dan harga untuk menunjukkan secara grafik pergerakan harga daripada hari volum turun.

pvi (The Positive Volume Index) merupakan penunjuk yang digunakan dalam analisis teknikal untuk menyediakan signal bagi perubahan harga berdasarkan peningkatan positif dalam volum.

Fungsi Baru:

cmo (The Chande Momentum Oscillator) mengira perbezaan anntara jumlah keuntungan terbaru dan jumlah kerugian terbaru. Kemudian, bahagikan hasil dengan jumlah pergerakan harga untuk tempoh yang sama.

mfi (Money Flow Index) merupakan oscillator teknikal yang menggunakan harga dan volum untuk menentukan syarat terlebih beli dan jual dalam sesuatu asset. Ia juga digunakan untuk mengesan capahan dan perubahan trend dalam harga.

bb (Bollinger Bands) merupakan alat analisis teknikal yang terdiri daripada dua sisihan piawai(standard deviation) dari harga  simple moving average (SMA). Namun demikian, mereka boleh diubah mengikut kehendak pengguna.

bbw (Bollinger Bands Width) merupakan penunjuk analisis teknikal yang diterbit dari penunjuk Bollinger Bands standard. Bollinger Bands Width digunakan untuk mengukur lebar antara Band Atas dan Band Bawah. Ia juga digunakan untuk mencari isyarat perdagangan.

kc (Keltner Channels)  merupakan penunjuk teknikal yang terdiri daripada tiga garis berasingan. Garis tengah ialah exponential moving average (EMA). Garis tambahan terletak di atas dan di bawah EMA. Jalur atas biasanya diset dua kali  Average True Range (ATR) di atas EMA dan jalur bawah diset pada jarak yang sama di bawah EMA. Jalur-jalur berkembang dan mengecut apabila ketaktentuan berkembang atau mengecut.

kcw (Keltner Channels Width)  mengira perbezaan antara bahagian atas dan bawah garisan channel Keltner.

dmi (DMI/ADX) terdiri daripada tiga penunjuk yang mengukur kekuatan dan arah trend. Direction Movement Index (DMI) terdiri daripada tiga garisan iaitu: ADX(garis hitam) , DI+(garis hijau) dan DI-(garis merah). Garis Average Directional Index (ADX) menunjukkan kekuatan trend. Semakin tinggi nilai ADX semakin kuat trend. Plus Direction Indicator (DI+) dan Minus Direction Indicator (DI-) menunjukkan arah harga semasa. Apabila DI+ lebih daripada DI-, momentum harga semasa ialah naik dan sebaliknya.

wpr (Williams % R) ialah sejenis penunjuk momentum yang bergerak antara 0 sehingga -100. Ia mengukur aras terlebih beli dan jual. Williams % R boleh digunkan untuk mencari titik masuk dan keluar dalam pasaran.

hma (The Hull Moving Average) mementingkan harga terkini lebih daripada harga lama menjadikan harga purata licin sesuai digunakan untuk mengenalpastikan trend pasaran yang berlaku. Ia juga sesuai digunakan untuk isyarat masuk dan keluar. Penunjuk ini paling sesuai digunakan oleh pedagang swing dan pedagang jangka masa panjang dengan isyarat dan teknik analisis lain.

supertrend (SuperTrend) ialah penunjuk ikut trend. Penunjuk ini digunakan pada carta harga dan arah anak panah menunjukkan trend semasa. Ia tidak meramal arah, sebaliknya apabila arah menjadi stabil, ia akan membantu anda membuka kedudukan dan mencadangkan kepada anda untuk kekal dalam kedudukan sehingga trend tamat.

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami
Lancarkan Carta