Sumber Bantu Diri Kini Tersedia untuk Pengguna Percuma

Aug 28, 2020

Hari ini, kami bergembira untuk mengumumkan sumber baru dan bahan pendidikan khas untuk membantu pengguna pelan Basic kami dan mereka yang menikmati tempoh percubaan. Anda boleh mencari segala sumber dalam Pusat Bantuan kami. Pusat Bantuan kami menjadikannya lebih mudah untuk mempelajari tentang TradingView, dasar kami , dan membantu anda membaiki isu yang anda alami.

Sumber-sumber ini mudah diakses dan boleh dijumpa di halaman utama Pusat Bantuan kami di bawah tab yang bertajuk , “FAQ untuk pengguna percuma”

Sumber-sumber baru ini termasuk pelbagai topik daripada kaedah pembayaran ke sokongan komuniti. Setiap topic dibahagikan kepada beberapa kategori sedia ada dalam Pusat Bantuan kami dan menawarkan Q&A yang bermanfaat dan pada masa yang sama membawa anda kepada sumber-sumber lain di laman web kami. Jika anda ialah pengguna percuma, penyelesaian ini akan membantu anda memahami platform kami dan menjawab sebarang soalan penting. Jika anda ialah pengguna berbayar, anda boleh terus mengakses sokongan dengan menggunakan pelan Pro, Pro+ atau Premium anda. Sumber-sumber ini akan membantu anda melayari laman web kami, dan ini amat berguna untuk mereka yang baru menyertai.

Dengan komuniti lebih daripada 20 juta pengguna aktif bulanan, pasukan sokongan kami berusaha untuk membantu semua pengguna berbayar kami sebaik boleh. Pengguna percuma biasanya tidak mendapat sokongan kerana akaun percuma tidak dapat mengakses pasukan sokongan kami. Kami ingin menyediakan lebih banyak sumber dan bahan untuk pengguna percuma, jadi kami telah melancarkan penyelesaian baru. Kami berharap sumber bantu diri boleh membantu pengguna percuma bukan sahaja dari segi penggunaan platform , tetapi juga komuniti, ciri dan alatan kami.

Kami berharap untuk mendapat maklum balas daripada anda mengenai tambahan ini kepada Pusat Bantuan kami, jadi sila berkongsi pandangan anda dengan kami. Jika anda merasa terdapat sebarang kekurangan, sila beritahu kami dan kami akan berusaha untuk menambahkannya di kemas kini yang setersunya. Matlamat kami adalah untuk memastikan semua orang merasa menjadi sebahagian daripada komunit kami, jadi kami sentiasa berusaha membina untuk setiap orang.

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami
Lancarkan Carta