MYX:FCPO1!   Crude Palm Oil Futures
Ulangkaji untuk fcpo

Pergerakkan harga cpo agak agressif berbanding dengan
saham. Agak sukar sebenarnya untuk membuat keputusan
dengan berdasarkan indikator.

Cara yang terbaik ada dengan belajar pergerakkan harga
berdasarkan beberapa faktor seperti pergerakan harga dalam
pelbagai time frame, major trend dengan minor trend
dan sebagainya.

Mari perhatikan pergerakan harga cpo pada bulan april yang lalu.
Cara yang mudah adalah dengan menentukkan paras sokongan dan
rintangan terbesar pada minggu itu dengan menetapkan pada hari
pertama iaitu hari isnin.

Setelah paras sokongan dan rintangan sudah ditetapkan, tugasan
kita adalah dengan mencari entri terbaik sekiranya harga
berjaya memecahi salah satu paras ini.

Jom kita lihat juga pada time frame 30 minit.


Disclaimer

The information and publications are not meant to be, and do not constitute, financial, investment, trading, or other types of advice or recommendations supplied or endorsed by TradingView. Read more in the Terms of Use.