Compare/my

From TradingView Wiki
Jump to: navigation, search
Language: English  • 日本語 • 한국어 • Português

APPLIKASI

Alat perbandingan digunakan untuk bandingkan pergerakan dua atau lebih simbol di pasaran. Terdapat beberapa sebab kita bandingkan beberapa simbol pada masa sama. Contohnya, ia dapat menggambarkan pasaran dengan lebih senang. Ia dapat dicapaikan dengan menggunakan SPY (yang mengikut S&P 500) dan tambahkan simbol DIA (yang mengikuti Dow) dan SPY (yang mengikuti Nasdaq). Akhirnya satu carta yang senang dibaca dan mengandungi maklumat yang meliputi semua pasaran akan dihasilkan.

Carta bawah merupakan contoh carta yang mengandungi SPY, DIA dan QQQ.


Carta perbandingan juga digunakan untuk membandingkan dua syarikat dalam sektor sama. Contohnya carta di bawah menunjukkan perbandingan antara dua syarikat kereta iaitu General Motors dan Ford. Ia mempunyai konsep sama seperti contoh atas namun ia hanya menunjukkan sektor tunggal dan bukannya kesemua pasaran.


Anda perlu ingat bahawa selepas anda menambah satu simbol ke carta, paksi menegak akan bertukar daripada harga ke peratusan. Peratusan yang ditunjukkan merupakan pergerakan harga untuk tempoh tertentu pada carta. Ia adalah sangat penting. Jika anda tukar balik ke harga, carta akan runtuh melainkan jika nilai harga simbol adalah hampir sama. Carta bawah merupakan contoh carta perbandingan Google dan Apple apabila bertukar balik ke harga. Harga mereka adalah kira-kira $500 beza. Jadi, apabila anda bertukar ke harga, data mereka akan menjadi rata dan carta sudah tidak berkesan lagi.

BAGAIMANA MENGGUNAKANNYA DI TRADINGVIEW

Untuk menggunakan perbandingan untuk carta anda, anda hanya perlu klikkan butang "Compare" di toolbar dan masukkan simbol. Beberapa simbol yang sedia ada dan popular dapat ditambahkan pada carta. Namun, sebenarnya semua simbol juga boleh ditambahkan. Jika anda perlu tambahkan simbol yang tidak disenaraikan, anda cuma perlu taipkan simbol pada kotak dialog dan klikkan tanda +.


CompareInput.PNG