MYX:AMTEL   AMTEL HOLDINGS BHD
AMTEL menghampiri kepada garisan 78.6% fibo setelah gagal menembusi garisan sokongan pada 0.450 dengan kejatuhan sebanyak 84.67% mengambil masa dalam 18 bulan. AMTEL bakal menguji kawasan sokongan terdekat sebelum menguji semula garisan fibo 78.6%

AMTEL mencatatkan hasil yang kurang baik pada Q3 AUG 22 sebanyak RM14,198,000 berbanding Q2 May 22 RM16,395,000 mencatatkan perbezaan sebanyak RM2,197,000. Namun Keuntungan bersih Q3 AUG 22 RM 165,000 mencatatkan kerugian jika dibandingkan dengan Q1 MAR 22 RM947,000 mencatat perbezaan sebanyak RM782,000.

Pemegang saham utama bagi AMTEL terdiri daripada KOID HUN KIAN 12.74% sebanyak 12,429,132 unit saham yang bernialai 10.32M, diikuti SIMFONI KILAT SDN BHD 6.14% sebagai pemegang saham kedua terbesar sebanyak 5,989,705 unit saham dengan nilai sebanyak 4.97M.

corak carta : dominan, sokongan dan rintangan

Nota : menerbit kan idea ini ada semata mata bertujuan sebagai perkongsian pemahaman dan pembelajaran. Sekiranya ingin memiliki saham ini, hendaklah membuat kajian yang lebih mendalam dan merujuk kepada pihak yang lebih pakar sebelum membeli saham.
Disclaimer

The information and publications are not meant to be, and do not constitute, financial, investment, trading, or other types of advice or recommendations supplied or endorsed by TradingView. Read more in the Terms of Use.