Pak_Din

GREATEC - Mampukah ia kembali menembusi support?

Long
MYX:GREATEC   GREATECH TECHNOLOGY BERHAD
Sektor/Bidang perniagaan:
- Teknologi, EV , Tenaga hijau, perkakas kenderaan.
Idea analisis:

Dari sudut teknikal

- GREATEC antara salah satu kaunter big tech yang membuat terjunan pandalela.
- Paras support RM4.96 yang kerap diuji/disentuh bocor dan dilihat paras support ini kembali diuji.Persoalannya adakah ianya mampu ditembusi?
- MACD dan RSI juga menunjukkan GREATECH masih dalam mode bearish.
- Pendekatan mahupun strategi buy low mahupun buy on tranches (multibagger strategy) boleh digunapakai.

Dari sudut fundamental
- Secara keseluruhannya, syarikat GREATEC merupakan salah satu syarikat yang mempunyai potensi kewangan yang kukuh berdasarkan prestasi kewangan semasa. Ianya hasil daripada jualan produk yang memberangsangkan.
- Jualan serta keuntungan yang berganda merupakan hasil permintaan yang tinggi terhadap perkakas peralatan kenderaan hijau dan juga tenaga hijau.
- Perbandingan Q3 2021 menunjukkan GREATEC mendapatkan hasil keuntungan sebanyak 28.97juta berbanding Q3 2020 iaitu sebanyak 23.22 juta.
- EPS semasa syarikat iaitu 11.64 membuktikan stok GREATEC adalah stok undervalue.

#TAYOR #BAYOR

---------------------------------

PENAFIAN:
Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual.

📌 Melabur adalah atas risiko sendiri.11.64
Disclaimer

The information and publications are not meant to be, and do not constitute, financial, investment, trading, or other types of advice or recommendations supplied or endorsed by TradingView. Read more in the Terms of Use.