syedasyraf

OPTIMAX MENITI SUPPORT TRENDLINE

MYX:OPTIMAX   OPTIMAX HOLDINGS BERHAD
Chart Ringkas Optimax

Dapat dilihat daripada chart itu OPIMAX telah beberapa kali menguji kekuatan garisan support. Semakin banyak berlaku lantunan di sesuatu garisan semakin kuat sesuatu support itu.

Sekiranya garisan trendline itu tidak patah, kemungkinan OPTIMAX akan menguji paras tertinggi (ATH) pada harga RM1.87.

Candle hammer pada hari terakhir dagangan juga menunjukkan adanya tolakan harga daripada jatuh. Adakah OPTIMAX akan memulakan pergerakan ke atas? Kita akan lihat selepas ini.

OPTIMAX juga merupakan salah satu daripada recovery stock yang menarik untuk diperhatikan. Jika anda memegang saham OPTIMAX daripada harga IPO semestinya anda tersenyum lebar pada hari ini.

Sedikit idea ringkas daripada saya. Apa pula pendapat anda?

Jika anda ingin melabur atau berdagang dalam saham ini jangan lupa sediakan Trading Plan dengan sebaiknya. Tahu di mana mahu masuk/entry price (EP), di mana mahu keluar/take profit (TP) dan di mana mahu cut loss ( CL ) sekiranya tidak menjadi.

Ingat! Saham bukan judi. Jangan masuk ke dalam sesuatu kaunter tanpa tahu di mana EP, TP dan CL .

#TAYOR #BAYOR
Disclaimer

The information and publications are not meant to be, and do not constitute, financial, investment, trading, or other types of advice or recommendations supplied or endorsed by TradingView. Read more in the Terms of Use.