ichivergence_hunter

TIGER Akan Kembali Mengaum. Sangat Menarik Untuk Diperhati Rapat

MYX:TIGER   None
TIGER merupakan sebuah kaunter super penny dari sektor Property. Apa yang menarik dengan kaunter ini, ianya telahpun memecahkan garisan menurun 3 tahun (3yr DTL) disokong oleh volume yang kuat dan gap. Selepas itu, Tiger berehat beberapa hari sebelum meneruskan perjalanan baru dari trend menurun kepada trend menaik. Tiger juga telah memecahkan awan ichimoku dan guna telah membuat persilangan strong bull EMA50 bersilang dengan EMA200. Sama-sama kita perhati rapat ya. Jika dilihat dari rekod transaksi, para pengarah syarikat Tiger Synergy Berhad ini boleh dikatakan setiap hari membuat belian dengan volume yang besar sejak bulan Mac 2020 yang lalu. Pasti ada news menarik yang bakal menyusul dihari mendatang. Harimau yang telah tidur selama 3 tahun kini telah bangun untuk kembali mengaum garang. Sama-sama kita sediakan trading plan ya. (Sekadar kajian dan pembelajaran).

Disclaimer

The information and publications are not meant to be, and do not constitute, financial, investment, trading, or other types of advice or recommendations supplied or endorsed by TradingView. Read more in the Terms of Use.