lemylockhart

21/4/2022 USDCAD MELANTUN KEMBALI

FOREXCOM:USDCAD   U.S. Dollar / Canadian Dollar
Harga minyak yang tiada perubahan arah memberi peluang untuk Dolar AS kembali mengukuh di dalam pasaran USD/CAD. Setelah disokong oleh data CPI yang diluar jangka semalam, Dolar Kanada dikalahkan oleh pengukuhan Dolar AS hari ini setelah wakil Fed, Jerome Powell tidak membuang kemungkinan kadar akan dinaikkan.

USD/CAD yang melantun kembali setelah disokong oleh sokongan dari carta harian di 1.2485 berjaya keluar kembali dari julat terdahulu. Sekalipun begitu, selagi USD/CAD tidak berjaya menembusi rintangan utama di 1.2710, tiada arah utama di dalam pasaran ini kerana ianya masih di dalam julat.

Disclaimer

The information and publications are not meant to be, and do not constitute, financial, investment, trading, or other types of advice or recommendations supplied or endorsed by TradingView. Read more in the Terms of Use.