naimmp98

BTC (Kemanakah Hala Tuju Seterusnya?)

BITFINEX:BTCMYR   None
Bitcoin (BTC) secara makro dilihat masih dalam keadaan uptrend dan hampir setiap bulan membuat ATH. Jika dilihat secara mikro pula, BTC sekarang berada dalam keadaan kritikal. Ini kerana harga BTC telah jatuh dibawah dinamic support terkuatnya iaitu MA 50.

Pada kali pertama BTC jatuh di bawah MA 50, harga dilihat membuat rejection di atas higher low sebelum ini. Keadaan ini telah melanggar ciri² uptrend. Sepatutnya harga membuat higher low yang baru.

Kejatuhan ini juga dari sudut teknikal telah didorong oleh indikator stochastic RSI yang memberi signal 'strong bearish divergence'. Signal ini telah mendorong BTC jatuh sehingga oversold. Peluang terbaik jika harga mampu rebound dengan berlakunya cross up di paras oversold ini atau munculnya candle reversal untuk harga meneruskan kenaikan dan kembali menjadikan MA 50 sebagai dinamic supportnya seperti sebelum ini.

Nota kaki:
* Uptrend = Keadaan dimana harga bergerak menaik.
* ATH = All Time High iaitu harga tertinggi yang pernah dicapai.
* Rejection = Keadaan dimana harga tidak mampu melepasi paras harga tertentu samada resistance atau support.
* Higher low = Paras terendah yang terbaru lebih tinggi daripada paras terendah sebelumnya.
* Strong Bearish Divergence = Keadaan dimana harga menaik tetapi stochastic RSI menurun.
* Oversold = Garisan stochastic RSI di bawah paras 20. Ia bermakna saham dalam keadaan terlebih jualan.
* Rebound = Harga melantun ke atas setelah mengalami penurunan sebelumnya.
* Reversal = Harga bertukar arah atau membuat pembalikan. Dalam idea analisis ini, harga bertukar arah daripada downtrend kepada uptrend.
* Untuk memahami lebih terperinci tentang dinamic support dan beberapa jenis support yang lain, boleh klik pautan di bawah:

Disclaimer

The information and publications are not meant to be, and do not constitute, financial, investment, trading, or other types of advice or recommendations supplied or endorsed by TradingView. Read more in the Terms of Use.