muhammadzaim86

FILUSDT, Masih dalam sideway.

HTX:FILUSDT   Filecoin / Tether USD
1. Trend Utama: Downtrend
Chart Pattern: Symmetrical Triangle di TF1W
2. Paras Sokongan: USDT 61
Paras Rintangan: USDT 72
3. Petunjuk
a) MACD: MACD line telah melintas ke atas signal line tetapi masih di bawah garis 0
b) RSI: Berada hampir di atas zon oversold
c) Bollinger Band: Candlesticks berada di midband selepas pergerakan sideway dalam beberapa candlestick terakhir.
d) EMA5/20/50/100/200: Fast EMA bersusun di bawah Slower EMA dengan gap yang lebih kurang sama besar.
e) Volume MA: Volume konsisten di paras yang rendah jauh di bawah kadar purata.
4. Volume Profile POC: Di TF1H POC diberikan pada paras harga 63 USDT sementara di TF1D POC pada paras harga 72 USDT. Kedua - dua harga tersebut juga merupakan paras sokongan dan rintangan penting.
5. Possible Scenario:
a) Selepas kejatuhan mendadak sekitar 18%, harga telah bergerak secara sideway dalam lingkungan harga 60 - 64 USDT. POC pada 63 USDT juga merupakan paras sokongan yang kuat. Berkemungkinan harga akan melantun di paras sokongan dan naik menuju ke paras rintangan di 72 USDT yang juga di zon 23.6% Fibo Retracement dengan melihat garisan upper trendline yang masih jauh. Ia bergantung kepada kemasukan volume yang meyakinkan untuk memberikan catalyst kepada pergerakan naik harga. Pergerakan positif bacaan MACD dan RSI akan membantu mengesahkan pergerakan harga.
b) Harga gagal menarik perhatian pelabur dan memecahkan paras sokongan dan menuju ke paras sokongan seterusnya di zon harga 44 USDT.

Penafian: Kajian amatur untuk pembelajaran sendiri sahaja. Bukan nasihat pelaburan profesional.
Sebarang pelaburan mempunyai risiko.Sila buat keputusan pelaburan atas kajian anda sendiri.

#tpkecl #kajiannewbie #kajianpicisan #TAYOR #DYOR #kajiancrypto
Disclaimer

The information and publications are not meant to be, and do not constitute, financial, investment, trading, or other types of advice or recommendations supplied or endorsed by TradingView. Read more in the Terms of Use.