Anchored Volume Profile: alat lukisan baharu pada carta anda

Aug 3, 2023

Kami cuba menambahkan lebih banyak alatan supaya anda tidak pernah merasakan ada sesuatu yang kehilangan dalam analisa anda. Pada hari ini, kami mempersembahkan alat lukisan baharu kami — Anchored Volume Profile (AVP).

Ia mengira data volum dalam satu tempoh masa ditentukan, yang bermula dari satu titik dipilih secara manual dan berterusan sehingga bar terakhir pada carta. Ia membenarkan pedagang menganalisa aktiviti volum untuk satu julat tertentu dan bukannya pergerakan harga keseluruhan untuk satu aset. Profil ini selalunya terletak disebelah satu sempadan carta (kiri atau kanan, bergantung kepada apa yang dipilih dalam tetapan), yang membenarkan anda untuk menggerakkan dengan bebas carta sepanjang skala masa: dengan ini, anda akan sentiasa dapat melihat data profil anda.

Anda boleh menjumpai profil volum baharu ini dalam alat Ramalan dan pengukuran pada bar alat kiri:

AVP mempunyai logik pengiraan yang sama seperti profil volum lain, yang anda boleh baca mengenainya di Pusat Bantuan kami, dan jika anda mahu mengetahui dengan lebih lanjut bagaimana anda boleh menggunakan AVP, termasuk apakah input dan algorithma yang digunakan untuk membinanya, sila baca artikel ini.

Kami harap penunjuk baharu ini berguna untuk analisa ada. Sila kekal berkongsi pendapat dan cadangan anda: kami mencipta TradingView untuk anda dan sentiasa menghargai maklum balas anda.

Pasukan TradingView

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami
Lancarkan Carta