Memperkenalkan Alat Melukis Baru: Penanda Anak Panah

May 22, 2020

Kami bergembira untuk memperkenalkan alat melukis yang baru iaitu Penanda Anak Panah. Anda boleh mencarinya dalam senarai alat teks – semak visual di bawah untuk mengetahui lokasinya.

Penanda Anak Panah memudahkan anda untuk menyerlahkan sesuatu kawasan pada carta atau idea anda. Sama ada aras dipecah, pergerakan trend atau seksyen carta untuk analisis selanjutnya, anda boleh melakukannya dengan Penanda Anak Panah.

Anda boleh menggunakan Penanda Anak Panah seperti menggunakan Trend Line. Ia ditentukan oleh dua titik rujuk, di mana titik kedua menentukan arah anak panah. Anda juga boleh menambahkan teks  dengan membuka Tetapan dan pergi ke tab Teks. Contoh Penanda Anak Panah dengan teks seperti imej di bawah.

Cubalah Penanda Anak Panah hari dan sila menghantar maklum balas , komen dan cadangan anda kepada kami. Terima kasih kerana sentiasa menyokong TradingView.

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami
Lancarkan Carta