Auto Fib Retracement — Penunjuk Pine baru

May 19, 2020

Kami bergembira untuk mengumumkan tambahan terbaru kami kepada Pine, iaitu penunjuk Auto Fib Retracement.

Fibonacci retracement merupakan alat popular yang digunakan oleh penganalisa teknikal untuk mencari kawasan rintangan dan sokongan. Dengan penunjuk Auto Fib ini, anda tidak perlu lagi mecari titik melukis Fib secara manual pada carta anda seperti biasa. Penunjuk Auto Fib Retracement akan melakukannya secara automatik.

Untuk menggunakan alat baru ini, buka Penunjuk dan cari Auto Fib Retracement dalam tab Terbina dalam.

Rujuk grafik di bawah untuk beberapa contoh visual.

Anda juga boleh mencarinya dalam Editor Pine , dengan pergi ke tab Baru dan mengklik pada Auto Fib Retracement. Grafik di bawah menunjukkan prosesnya.

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami
Lancarkan Carta