Penunjuk terbina dalam baru — Auto Pitchfork

Feb 10, 2022

Kami adalah berbesar hati untuk mengumumkan satu lagi penunjuk terbina dalam berasaskan Pine seperti yang anda pinta – Auto Pitchfork. Penunjuk ini adalah berasaskan kepada alat lukisan Pitchfork kami, yang mengambil beberapa titik yang anda tetapkan dan menyambungkan mereka semua dan mencipta satu saluran dengan beberapa tingkatan Fibonacci yang berbeza di dalamnya.

Penunjuk baru ini membantu untuk mengautomasikan proses ini: sebelum ini anda perlu untuk menentukan titik-titik sendiri di atas carta, ia sekarang akan mencari sendiri titik pangsi ketara terakhir dan melukis pitchfork berdasarkan mereka. Hasilnya, pitchfork anda boleh ditunjukkan pada mana-mana simbol yang dikehendaki secara automatik:

Bahagian Input pada tetapan penunjuk membenarkan anda untuk mengemaskan ia mengikut cara kegemaran anda: anda boleh menambahkan tingkatan Fibonacci baru kepada pitchfork dan mewarnakan semula mereka, menukarkan jenis pitchfork yang digunakan, dan mengubah panjang data yang dianalisa melalui input Kedalaman

Untuk menambahkan penunjuk kepada carta, cari ia di dalam menu Penunjuk:

The indicator is written in our own Pine scripting language, so Pine enthusiasts can take a closer look at how it works in the Pine Editor. If you want to examine the inner workings of the indicator or modify it for your personal use, click on the “Open” button, select “New default built-in script” from the dropdown and find Auto Pitchfork there:

Penunjuk adalah ditulis di dalam bahasa pengaturcaraan Pine kami, jadi peminat-peminat Pine boleh melihat dengan lebih mendalam bagaimana ia berfungsi di Editor Pine. Jika anda mahu memeriksa fungsi dalaman penunjuk atau menukarnya untuk kegunaan persendirian anda, klik butang “Buka”, pilih “Skrip asal baru binaan dalam” daripada menu lungsur turun dan cari Auto Pitchfork di sana.

Ciri baru ini telah dicipta berdasarkan maklum balas anda — kami harap ianya berguna! Sila teruskan menghantar kepada kami maklum balas anda untuk penambahbaikan, Kami mendengar semuanya dan membina TradingView untuk anda, jadi kami suka mendengar apa yang anda fikirkan untuk semua kemas kini yang sangat diminta di platform kami.

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami
Lancarkan Carta