Kembali ke masa silam dengan Ulangan Bar

Dec 21, 2022

Ada pepatah mengatakan perkara yang lepas usah dikenang, tetapi kadang kala adalah bagus sekiranya kita dapat kembali kepada masa itu. Siapa yang mahu membeli Tesla pada harga $1 dan mengalami semua pergerakan naik dan turun sekali lagi?

Sekarang anda berpeluang kerana kami akan memperkenalkan kepada anda ciri baru kami — berdagang di dalam mod Ulang Semula. Widget Ulangan Bar mempunyai butang beli/jual nya sendiri untuk perkara ini.

Peraturan umum: 

  • Ini ialah satu mod dagangan yang berlainan daripada Dagangan Kertas dan data pada transaksi — keputusan keseluruhan hanya tersedia di dalam sesi itu sahaja.
  • Pesanan pasaran adalah tersedia dengan pelaksanaan pada harga yang anda lihat, tiada pilihan untuk bilangan sekuriti. Untuk Forex, bilangan lalai ialah 1000, untuk jenis-jenis lain simbol, ia ialah 1.
  • Mata wang untuk keuntungan/kerugian adalah bersamaan dengan mata wang simbol.
  • Dagangan adalah tersedia serta-merta selepas memilih titik permulaan di dalam butang Ulang Semula, dagangan adalah tidak dibenarkan apabila berhenti seketika.
  • Jika paling kurang satu dagangan dilakukan, mod dagangan adalah dikira sebagai diaktifkan semula di dalam Ulang Semula.
  • Berdagang di dalam Ulang Semula adalah pilihan, jika tiada aktiviti dilakukan, ia akan berlangsung sama seperti Ulang Semula biasa.
  • Ulang Semula dengan dagangan akan berakhir dengan adanya satu tetingkap timbul yang memaparkan keputusan dagangan di dalam sesi ini.

Kami harap kemas kini ini berguna dan semoga ia dapat membantu anda menambahbaik kemahiran dagangan anda. Sila hantarkan kami maklumbalas anda — setiap hari kami bekerja keras untuk menjadikan platform ini lebih bagus dan mudah digunakan untuk pengguna-pengguna kami.

Pasukan TradingView

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami
Lancarkan Carta