November 14, 2017
Bar Replay kini terdapat di TradingView!

Kami dengan gembira ingin mengumumkan bahawa Bar Replay yang telah lama ditunggu sudah sampai.

Membina dan menguji strategi perdagangan anda dengan melihat bagaimana bar sejarah dibentuk.

Bagaimana untuk aktifkan Bar Replay?

Sebenarnya, mudah sahaja. Klik butang di panel atas pada carta anda untuk buka alat bar Bar Replay.

Butang main semula juga agak cerdik, seperti anda sedang menggunakan pemain media.

Selepas membuka alat bar main semula, carta tersebut akan memasuki mod pilihan titik permulaan main semula. Garisan menegak merah bersama butang Jump To boleh digunakan sebagai tip.

Klik mana-mana bar sejahra untuk memilih titik permulaan main semula anda.

Seterusnya..

  • Lancarkan main automatik dengan mengklik butang Play. Anda boleh ubah kelajuan semasa main semula.

  • Muatkan setiap kemaskini data secara manual dengan mengklik butang Forward.

Semak status di sudut kanan atas pada carta anda jika anda keliru between mod carta yang berbeza

Anda boleh memilih titik permulaan yang berbeza walaupun main semula sedang berjalan. Klik Jump To dan pilih bar sejarah untuk berbuat demikian.

Anda boleh main semula beberapa carta pada susun atur yang sama jika perlu. Klik pada carta untuk memulakan main semula yang baru. Bar alat main semula akan menunjukkan keadaan carta yang dipilih. Ikuti langkah yang sama seperti carta pertama. Carta main semula berfungsi berasingan dan bar alat main semula sentiasa menunjukkan keadaan carta aktif.

Tambahan pula, anda boleh tamatkan main semula dan dengan segera pulang kepada data masa nyata. Butang To Realtime membolehkan anda berbuat demikian dengan satu klik.

to_realtime_en

Anda boleh tutup bar alat main semula anda dengan mengklik [X] pada bar alat tersebut atau mengklik butang bar alat main semula di panel atas pada carta anda.

Ciri-ciri dan pengehadan lain untuk mod main semula:

  • Makluman bahagian pelayan akan diaktifkan berdasarkan data masa nyata.
  • Makluman baru bahagian pelayan tidak dapat dibuat dalm mod main semula.
  • Pesanan diisi berdasarkan data masa nyata.
  • Sebut harga yang dipaparkan dalam panel perdagangan dan dalam senarai pantau menyamai data masa nyata semasa carta berada dalam mod main semula.
  • Jenis carta Jepun tidak disokong untuk main semula.
  • Hadapan berterusan dan spread tidak terdapat dalam main semula.
  • Mod main semula membolehkan anda membuat lukisan dan mengguna indicator. Mereka akan kekal berada pada carta selepas anda keluar mod main semula.
  • Alat Regression Trend dan Volume Profile Fixed Range tidak dapat digunakan semasa main semula.
  • Indikator dengan fungsi security juga tidak dapat digunakan semasa main semula.
  • Kedalaman sejaraj yang boleh diguna untuk main semula adalah terhad mengikut data simbol masing-masing.

Look first / Then leap

Lancarkan Carta