Data kripto Bitbns sekarang tersedia di TradingView

Sep 6, 2023

Apabila berkata tentang pasaran kripto — yang tidak stabil dan sentiasa berubah-ubah — adalah penting untuk mempunyai sebanyak mungkin data untuk bersedia untuk pergerakan seterusnya. Disebabkan itu, kami sentiasa menambahkan lebih banyak data kripto, dan pada hari ini, kami mempersembahkan Bitbns, satu bursa kripto dari India yang datanya sekarang tersedia di TradingView.

Bitbns telah dilancarkan pada tahun 2017 oleh sekumpulan graduan Indian Institutes of Technology (IIT). Dari mula, mereka memfokuskan kepada kemudahan penggunaan, keselamatan dan sokongan pengguna — semuanya untuk memberikan satu masukan lancar ke dalam alam kripto. Dengan hala tuju ini, bursa ini telah mengembangkan pangkalan penggunanya kepada 4 juta orang. Pada hari ini, ia menawarkan dagangan semerta, margin dan derivatif, termasuk juga deposit tetap, baucer hadiah kripto dan ciri-ciri lain untuk semua jenis pedagang dan strategi mereka.

Salah satu daripada nilai Bitbns adalah kepercayaan bahawa semua orang hendaklah mempunyai akses kepada mata wang kripto. Ia bersamaan dengan sasaran TradingView untuk menjadikan pasaran boleh diakses dengan sebaik mungkin, menjadikan integrasi data Bitbns sebagai satu penyatuan yang bagus untuk suapan data kami. Untuk melihat semua data terintegrasi, buka carian simbol dan taip awalan “BITBNS:”. Anda akan menjumpai 157 pasangan kripto dengan INR, dari pemain utama seperti Bitcoin kepada stablecoin dan altcoin.

Sila ambil maklum bahawa harga USDT adalah sentiasa lebih tinggi daripada harga semerta di India.

Gunakan data yang baru ditambahkan untuk meningkatkan analisa pasaran kripto anda. Dan jangan lupa bahawa Bitbns adalah satu daripada banyak lagi. Platform kami secara berwibawa menyambungkan dengan ratusan suapan data, dengan akses terus kepada 1,357,880 instrumen dari seluruh dunia. Semua ini menjadikan TradingView sebagai satu-satunya sumber yang anda perlukan sebagai titik masukan untuk segalanya pasaran.

Terokai semua pasaran

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami
Lancarkan Carta