Sokong kegemaran anda di Anugerah Broker 2021 kami

Dec 8, 2021

Masa yang dinantikan sepanjang tahun sudah tiba: musim anugerah kembali lagi dan inilah masanya untuk memberitahu kepada komuniti siapa yang telah melakukan yang terbaik dan siapa yang masih lagi dalam posisi mengejar. Ia adalah Anugerah Broker TradingView 2021.

Sekarang telah berlangsung pada tahun kedua, anugerah kami ditetapkan berdasarkan maklum balas, penarafan dan ulasan daripada anda. Kami memulakan anugerah broker ini untuk mencipta tempat pasaran pelaburan paling jujur di laman web. Satu tempat dimana pedagang dan pelabur seluruh dunia boleh menemui broker yang terbaik untuk keperluan mereka. Sambungkan akaun TradingView anda kepada broker kegemaran anda, berdagang secara terus dari carta, dan tinggalkan ulasan supaya orang-orang lain boleh melakukan perkara yang sama anda lakukan!

Sekiranya broker sambungan anda mengagumkan anda — dengan memberikan servis, akses dan teknologi terbaik dalam masa 12 bulan lepas — jangan lupa untuk memberikan penarafan kepada mereka dan mungkin dengan ini mereka dapat menjadi pemenang terulung untuk tahun 2021. Caranya mudah: sambungkan akaun TradingView anda kepada broker kegemaran anda, berdagang, dan berikan penarafan kepada mereka.

Anugerah akan diwar-warkan pada Januari 2022 dan untuk anda memberikan ulasan adalah mudah: hanya pergi ke laman profil mereka di TradingView dan berikan maklum balas anda — baik atau buruk. Kuasa ada di tangan anda, gunakan dengan sebaiknya.

Seperti tahun lepas, kami mempunyai lapan kategori untuk direbut:

  • Broker Terbaik Tahunan: Bangsawan, kedudukan tertinggi. Di mata kami, anda adalah yang terbaik di antara yang terbaik pada tahun ini.
  • Broker Paling Popular: Geng-geng yang mempunyai lebih banyak sambungan daripada Stesen Keretapi Grand Central
  • Juara Social: Sepopular Britney, dengan lebih banyak idea-idea asli daripada Edison
  • Teknologi Paling Innovatif: Broker teknologi yang sangat tajam, anda boleh terluka kalau tidak berhati-hati
  • Broker Pelbagai Aset Terbaik: Kerana berdagang satu barang di satu negara sangatlah 1976.
  • Broker Pasaran Hadapan Terbaik: Kumpulan liar ini mungkin adalah masa hadapan untuk pasaran hadapan
  • Broker Forex dan CFD Terbaik: Jika mereka adalah matawang, mereka sudah menjadi seorang Benjamin Franklin
  • Broker atau Tukaran Kripto Terbaik: Bila anda telah berada di dalam blok rantai selama mereka-mereka ini, semua perkara pon boleh dilakukan

Terima kasih sekali lagi kerana menjadi sebahagian daripada TradingView, dan membantu dalam menjadikan dunia dagangan dan pelaburan menjadi lebih baik daripada dahulu.

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami
Lancarkan Carta