Musim Anugerah Broker 2023 sudah dibuka secara rasmi

Nov 30, 2023

Tuan-tuan dan puan-puan, musim cuti hampir tiba, yang juga bermakna semakin hampir kedatangan Anugerah Broker TradingView. Sekarang adalah masanya untuk menyerlahkan mereka yang paling kuat berusaha pada tahun 2023, mengikut pendapat pengguna kami.

Selama empat tahun berturut-turut acara tahunan ini, sasaran kami masih kekal sama: menggalakkan pasaran sehenti yang telus di laman web dan menyediakan pedagang dan pelabur dengan broker terbaik yang memenuhi keperluan mereka. Disebabkan ini, anugerah tidak diberikan oleh juri rahsia atau sistem AI kotak hitam tetapi ia berdasarkan kepada maklum balas tidak ternilai dari anda — ulasan dan data statistik dari profil broker.

Musim ini menandakan tambahan kategori baharu dan pengembangan senarai anugerah kepada dua belas. Ia untuk memastikan pertandingan yang adil di antara semua jenis broker dan membantu pengguna melakukan pilihan termaklum apabila memilih satu penyedia dagangan. Dari pertandingan sejagat ke tempatan, dari kripto ke saham — kategori mengambil kira tawaran broker yang meluas di TradingView dan membahagikan mereka kepada tiga kumpulan utama.

Lawati hab anugerah

Pertandingan sejagat. Kategori tahap tertinggi ini mewakili rakan kongsi paling aktif dan dihormati di seluruh dunia, dipilih bukan hanya dari kriteria penarafan broker tetapi juga kebolehpercayaan integrasi dan aktiviti mereka dalam komuniti kami. Berikut termasuk Broker Terbaik Tahun Ini, Juara Sosial, Pendatang Baharu Tahun Ini dan Teknologi Paling Dipercayai.

Pertandingan berfokuskan aset. Menjadi satu platform yang pelbagai dari segi perwakilan asset, kami mempersembahkan anugerah untuk kedua-dua rakan kongsi pelbagai aset terbaik dan beberapa kategori nic untuk integrasi dengan hanya satu aset. Pilihan kedua memberikan peluang untuk memberikan penghargaan kepada mereka yang menawarkan hanya satu aset tetapi memberikan khidmat pada tahap darjah tertinggi.

Pertandingan tempatan. Pada tahun 2023, kami telah mengukuhkan gandingan kami dengan rakan kongsi tempatan dari seluruh dunia, termasuk Asia dan Timur Tengah. Disebabkan itu, kami telah mencipta beberapa kategori khas untuk menyerlahkan secara khusus pihak yang membenarkan pelanggan mereka untuk berdagang dengan akses terus kepada bursa-bursa tempatan dalam wilayah geografi utama — AMER, EMEA dan APAC.

TradingView Broker Awards 2023

Adakah anda telah menjadi amat kagum dengan mana-mana broker dalam masa 12 bulan lepas? Atau ada yang menyerabutkan anda? Jangan simpan emosi anda dan beritahu perkara sebenar mengenai mereka di TradingView. Hanya sambungkan kepada broker-broker ini di TradingView dan tinggalkan ulasan anda. Mudah sahaja.

Pemenang akan diumumkan pada bulan Januari 2024.

Lawati hab anugerah

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami
Lancarkan Carta