Keputusan Anugerah Broker tahun 2023 sudah keluar!

Jan 23

Di sini adalah — pemenang Anugerah Broker TradingView 2023. Anda telah berdagang, mengundi dan mengulas mereka. Terima kasih atas maklum balas tidak terhingga anda, kami telah berjaya mengenalpasti rakan kongsi bersepadu terbaik kami, dengan OANDA mengambil tempat teratas — Broker Untuk Tahun 2023.

Tahun ini telah melihat tambahan kategori baharu untuk memberikan gambaran lebih jelas tentang pasaran dan menyerlahkan kekuatan rakan-rakan kongsi bersepadu yang semakin berkembang. Broker-broker bersaing dalam tiga kategori: Pertandingan sejagat, Pertandingan berfokuskan aset dan Pertandingan tempatan

Pertandingan sejagat:

  • Broker Terbaik Tahunan — OANDA
  • Juara Sosial — Pepperstone
  • Pendatang Baharu Tahun Ini — Fyers
  • Teknologi paling dipercayai — OKX

Pertandingan berfokuskan aset

Pertandingan tempatan

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pemenang-pemenang, lawati halaman Anugerah Broker kami.

Kami sangat menghargai maklum balas tanpa jemu anda yang menjadikan Anugerah Broker kami begitu besar dan berprofil tinggi. Penghargaan ini adalah khas untuk broker-broker yang dengan konsistennya menunjukkan kualiti perkhidmatan tertinggi. Dan siapa lagi yang lebih layak untuk menilai prestasi mereka selain pedagang yang berinteraksi dengan mereka secara aktif sepanjang tahun?

Dengan tiada rancangan untuk memperlahankan rentak, anda boleh menjangkakan Anugerah Broker 2024 akan datang akan menjadi lebih besar, dengan lebih banyak rakan-rakan kongsi broker untuk dipilih. Jadi, apabila masanya sudah sampai, pastikan anda memberikan ulasan anda. Sementara itu, nantikan kemas kini platform dan bersedia untuk membantu kami menentukan siapakah yang akan menang pada tahun hadapan.

Pasukan TradingView

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami
Lancarkan Carta