Menukarkan Warna Pelbagai Alat Sekaligus

Jan 19, 2021

Kami bergembira memperkenalkan ciri baru ini – anda kini boleh menukar warna beberapa atau semua alat melukis sekaligus.

Tekan Ctrl/Cmd  dan klik alat yang berkaitan, atau pilih kawasan di mana mereka terletak. Pada panel terapung yang muncul, pilih warna teks,garis atau latar belakang yang dikehendaki, dan ia akan dilaksanakan dengan serta merta kepada alat yang terpilih:

Perubahan warna secara serentak juga dapat dilakukan untuk sekelompok alat. Hanya perlu klik kelompok objek itu dalam Salasilah Objek dan pilih warna dari panel terapung sekali lagi:

Kami berharap anda mendapati ciri baru ini berguna. Kami mengalu-alukan maklum balas dan cadangan anda, kerana membantu kami menjadi lebih baik . Terima kasih kerana memilih TradingView!

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami
Lancarkan Carta