Bursa Saham Dhaka membawa datanya ke TradingView

Jun 21, 2023

Kami terus menghubungkan lebih banyak pasaran ke suapan data TradingView supaya anda boleh menggunakan sepenuhnya globalisasi kewangan untuk analisa anda. Kali ini kami mempersembahkan rakan kongsi terbaru kami, yang mana datanya telah tersedia kepada pengguna-pengguna TradingView — Bursa Saham Dhaka, Dhaka, Bangladesh.

Bursa Saham Dhaka (DSE) ialah satu daripada dua bursa saham di Bangladesh. Ia ditubuhkan pada mulanya pada tahun 1954, tetapi dagangan rasmi bermula pada tahun 1956. DSE mensasarkan untuk menjadi bursa terkemuka di rantaunya, menawarkan teknologi canggih untuk memastikan tahap keyakinan tertinggi untuk pemegang sahamnya. Pada hari ini, bursa ini telah menyenaraikan lebih daripada 600 syarikat (hampir sama banyak dengan bilangan sungai yang mengalir di dalam negara itu), menambahkan lebih banyak setiap tahun, yang membuktikan keazaman bursa untuk berkembang. Ia juga boleh dilihat pada prestasi DSE Broad Index, indeks penanda aras DSE, yang telah berkembang dalam beberapa tahun lepas yang bergolak.

Tidak hairanlah data DSE telah menjadi satu tambahan berguna kepada suapan data TradingView. Anda boleh mencari senarai penuh saham, indeks dan bon DSE yang ada dengan menaip “DSEBD:” dalam ruangan carian simbol:

Kami percaya data baru ini akan membawa idea-idea dan peluang baru kepada penyelidikan pasaran anda. Jangan lupa Bursa Saham Dhaka adalah satu daripada banyak bursa saham yang ada. Platform kami menghubungkan dengan berwibawa kepada ratusan suapan data, dengan akses terus kepada 1,357,880 instrumen dari seluruh dunia. Semua ini menjadikan TradingView sebagai satu-satunya titik masukan yang anda perlukan untuk segalanya pasaran.

Terokai semua pasaran

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami
Lancarkan Carta