Penyegerakan lukisan merentasi semua susun atur

Aug 1, 2023

Kami telah menambah baik dengan lebih lagi mekanisma penyegerakan untuk objek-objek lukisan: mengoptimumkannya dan menambahkan ciri yang sudah lama ditunggu-tunggu iaitu penyegerakan objek-objek lukisan merentasi semua susun atur anda. Semua penambah baikan ini sudah tersedia untuk pelanggan dengan pelan berbayar. Mari kita pelajari dengan lebih lanjut mengenainya dan melihat pada perubahan yang ada.

Seperti yang anda sedia maklum, lukisan boleh disegerakkan merentasi beberapa carta dalam satu susun atur. Sekarang, anda juga boleh menyegerakkan mereka dalam semua susun atur anda, supaya anda boleh melihat lukisan anda dari mana sahaja anda berada. Mod baharu ini boleh ditemukan pada bar alat kiri, hanya klik pada ikon sejagat dan pilih pilihan segerakan yang anda perlukan:

Pilihan “Lukisan baharu akan disegerakkan sejagat” akan menyegerakkan semua objek-objek lukisan yang baru ditambahkan, tetapi anda juga boleh menyegerakkan lukisan-lukisan tertentu dengan mengklik pada Segerakkan sejagat dalam menu konteks mereka:

Butang untuk memilih mod penyegerakan untuk objek-objek baharu adalah sekarang tersedia pada bar alat kiri, walaupun jika anda hanya ada satu carta sahaja dibuka — objek-objek akan disegerakkan secara automatik merentasi carta-carta yang baharu atau telah disimpan sebelum ini.

Kami juga telah menukar logik pekerjaan dengan kumpulan objek. Kumpulan sekarang juga telah disegerakkan dalam cara yang sama dengan objek itu sendiri. Satu kumpulan yang dicipta dalam mod segerakan akan terpapar pada semua carta dengan simbol ini. Anda sekarang boleh hanya menggabungkan objek-objek dengan mod penyegerakan yang sama. Apabila anda menukar mod kumpulan, pertukaran ini akan dilakukan kepada semua objek dalam kumpulan.

Ambil maklum bahawa jika satu mod segerakan objek adalah berbeza daripada mod kumpulan, objek secara automatiknya akan menggunakan mod segerakan kumpulan.

Kami harap perubahan ini akan menjadikan pengalaman bekerja anda dengan carta menjadi lebih mudah.

Pasukan TradingView

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami
Lancarkan Carta