Lebih Cepat dan Mudah. Kami Telah Menambahkan Kekunci Panas Baru untuk Bekerja Dengan Carta!

Sep 23, 2020

Perkara yang amat penting untul kami di TradingView ialah penggunaan. Untuk mempercepatkan dan memudahkan kerja dengan carta, kami telah menambahkan kekunci panas baru untuk anda, sekarang mereka boleh didapati di senarai pintasan papan kekunci kami.

1. Kekunci pintas Ctrl+Alt+H (Windows) atau Cmd+Opt+H (MacOS) menyembunyikan semua lukisan pada carta aktif. Jika mereka telah tersembunyi, kombinasi ini akan membuka balik paparan objek.

2. Memadam objek dengan roda tetikus. Hanya perlu meletakkan kursor di atas lukisan atau penunjuk, klik pada roda tetikus dan objek tersebut akan dipadamkan. Anda boleh memadamkan penunjuk dengan mengklik pada nama dalam petunjuk carta dengan roda tetikus:

Jika anda ingin memadamkan aras individu bagi instrumen Fibonacci, tekan Ctrl (Win) atau Cmd (Mac) , gerakkan kursor anda kepada garis yang diperlukan, klik dengan roda tetikus:

3. Semasa bekerja dengan beberapa carta dalam satu tetingkap, anda boleh menggunakan kombinasi Shift + Tab untuk bertukar kepada carta sebelum:

Kami berharap anda menikmati kekunci pintas baru ini. Kami sentiasa mengalu-alukan maklum balas dan cadangan anda – ia membantu kami menjadi lebih baik. Terima kasih kerana memilih TradingView!

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami
Lancarkan Carta