Sediaan pantas untuk kebolehlihatan pada selang masa

Nov 11, 2022

Menyelaraskan kebolehlihatan lukisan dan penunjuk pada selang masa adalah semakin mudah. Sekarang anda boleh membuat perubahan hanya pada beberapa klik.

Cara untuk lakukan: 

  • Buka menu konteks pada lukisan atau penunjuk dengan klik kanan pada elemen yang dipilih.
  • Pergi ke butiran menu yang bernama kebolehlihatan Selang Masa.
  • Pilih satu daripada pilihan kebolehlihatan Selang Masa pantas.

Pilihan yang dipilih akan menyusun semula tetapan yang sesuai di dalam tab Kebolehlihatan.

Jika diperlukan, anda boleh melakukan pelarasan tambahan menerusi kotak dialog tetapan objek.

Tetapan ini juga tersedia dengan mengklik pada tiga titik pada bar alat lukisan terapung dan sejarah penunjuk.

Kami harap anda mendapati ciri yang sangat dipinta ini berguna seperti yang kami rasakan dan sila sentiasa hantarkan maklumbalas dan cadangan anda supaya kami boleh menjadikan platform ini sebaik yang mungkin. Kami membina TradingView untuk anda dan kami sentiasa berminat untuk mendengar pendapat anda.

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami
Lancarkan Carta