Data indeks FTSE Russell sekarang tersedia di TradingView

Jun 20, 2023

Seperti yang anda sedia maklum, data merupakan minyak yang baru dan ia perlu dikumpulkan dari sumber-sumber yang berkualiti dan diproses. Di TradingView, kami cuba memberikan anda maklumat kelas pertama, minyak Brent untuk dunia data, dan pengumuman hari ini adalah khas untuk integrasi jenis ini: kami telah menambahkan data indeks dari FTSE Russell, satu penyedia sejagat utama untuk penyelesaian data dengan kemampuan pelbagai aset.

FTSE Russell telah menjadi pakar penyedia data selama lebih daripada 30 tahun. Kedua-dua pelabur runcit dan institusi memilih penyelesaiannya untuk menjejak prestasi pelaburan mereka, membangunkan strategi lebih baik dan menguruskan risiko. Pasaran sejagat kadang-kala boleh menjadi huru-hara, tetapi FTSE Russell, mengendalikan 250,000 indeks yang dikira sepanjang 80 negara, membantu pedagang melihat dengan tepat apa yang sedang bergerak.

Semua ini menjadikan FTSE Russell satu penyedia data yang cukup pelbagai untuk memenuhi kehendak pedagang dengan strategi dan skop kepentingan berbeza: Indeks FTSE 100 yang terkenal akan terbukti berguna kepada sesiapa yang berminat melabur dalam ekonomi UK, manakala pedagang yang mengikuti syarikat dunia dengan amalan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus yang kuat akan berminat dengan FTSE4Good Global Index. Kedua-dua ini hanya contoh untuk pilihan data luas yang disediakan oleh FTSE Russell yang mana pengguna TradingView sekarang mempunyai akses kepadanya. Beberapa indeks telah dibekalkan oleh sumber-sumber lain, tetapi mereka sekarang datang terus dari FTSE Russell, dan dengan mereka — lebih banyak indeks lain. Untuk melihat senarai penuh, hanya taip awalan “FTSE:” dalam ruangan carian simbol:

Kami harap integrasi data ini akan membantu anda menambah baik penyelidikan pasaran anda dan menjadikannya lebih komprehensif dan tepat. Sila teruskan menghantar maklum balas anda supaya kami tahu anda mempunyai alatan dan data untuk analisa mendalam.

Dan jangan lupa bahawa FTSE Russell adalah satu daripada banyak lagi. Platform kami secara berwibawa menyambungkan dengan ratusan suapan data, dengan akses terus kepada 1,357,880 instrumen dari seluruh dunia. Semua ini menjadikan TradingView sebagai satu-satunya sumber yang anda perlukan sebagai titik masukan untuk segalanya pasaran.

Terokai semua pasaran

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami
Lancarkan Carta