Memperkenalkan FXOpen — secara langsung sekarang di TradingView

Dec 13, 2022

Kami tidak pernah berehat semasa dalam tahap pengembangan dan kami berbesar hati untuk mengalu-alukan kedatangan ke dalam keluarga kami, satu daripada broker Forex yang paling berjaya dan berkembang pesat di luar sana — FXOpen. Kepakarannya yang tiada bandingan adalah disokong oleh 16+ tahun pengalaman di dalam teknologi dan filosofi dagangan dan hari ini mereka memberikan perkhidmatan berkualiti untuk lebih daripada satu juta pedagang seluruh dunia.

FXOpen dilancarkan pada tahun 2005 oleh satu kumpulan pedagang yang memahami kepentingan teras rakan sebaya mereka dan dari permulaan, telah setia kepada matlamat asal mereka — menjadikan dagangan Forex lebih profesional, mudah diakses dan selamat. Komitmen mereka telah menghasilkan lebih daripada 3.5 juta akaun  dibuka dan mendapat pengiktirafan antarabangsa yang meluas. Sebagai satu broker teknologi ECN yang  menawarkan akaun dagangan ECN dan STP, syarikat ini mempunyai jaringan brokeraj seluruh dunia yang dipantau oleh FCA, CySEC dan ASIC.

FXOpen adalah lebih daripada hanya satu broker Forex — anda boleh berdagang secara terus dari TradingView dan mengakses sehingga lebih daripada 600 instrument di dalam pasangan mata wang, indeks dan komoditi CFD menerusi model teknologi ECN dari FXOpen, yang membenarkan akses kepada pasaran antarabank dengan tiada meja pengurusan dan tiada sebut harga ulangan. Mereka mengalu-alukan pedagang dari semua yang ada sama ada untuk melakukan transaksi ayunan, dagangan singkat atau EA. Anda juga akan menjumpai banyak kelebihan di dalam komisyen yang sangat kompetitif dan sokongan pengguna yang responsif.

Dengan integrasi terus dengan TradingView ini, anda sekarang boleh mencuba semua ciri yang ditawarkan oleh FXOpen. Hanya pergi ke profil broker FXOpen, sambungkan ke akaun dagangan UK anda dan nikmati kecairan yang tinggi, spread yang ketat dari 0.0 pip dan pelaksanaan pesanan pantas.

 

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami
Lancarkan Carta