Penambah baikan kepada Kewangan: bandingkan laporan, carian pantas untuk statistik, kongsi analisa anda

Jul 25, 2023

Kami telah menambahkan beberapa penambah baikan kepada analisa penyata kewangan — semua ini untuk membantu anda memahami dengan lebih baik tentang aktiviti dan prestasi syarikat.

Anda sekarang boleh membandingkan laporan di antara syarikat-syarikat berbeza dengan lebih pantas. Untuk melakukannya, buka satu Kewangan syarikat menerusi menu Metriks dalam senarai amatan anda dan hanya tatal ke atas dan ke bawah syarikat-syarikat dalam senarai anda.

Kemudian, apabila anda membuka Kewangan, anda boleh mencari dengan pantas mana-mana metrik yang anda perlukan dengan ruangan carian mudah: hanya taipkan nama satu penunjuk atau nisbah.

Akhir sekali, selepas anda menyiapkan analisa anda, anda boleh berkongsi tentangnya dalam rangkaian sosial atau menghantar satu pautan kepadanya. Untuk melakukan ini, hanya klik pada butang Kongsi pautan.

Semua penambah baikan ini adalah bertujuan untuk membantu analisa anda mengenai prestasi syarikat. Beritahu kami apa yang anda fikirkan mengenai mereka, kami sentiasa menghargai maklum balas anda.

Pasukan TradingView

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami
Lancarkan Carta