Berita terkini terus di carta

Oct 27, 2023

Kami terus menjadikan carta kami lebih berinformasi dan pada hari ini, kami memperkenalkan satu ciri baharu: anda sekarang boleh menerima dan melihat berita terkini pada instrumen semasa terus di carta. Ciri ini akan membantu anda kekal termaklum dengan peristiwa terkini tanpa mengganggu analisa anda.

Sebaik sahaja satu berita muncul, satu mesej notifikasi bersama tajuknya akan dipaparkan pada bucu bawah kiri pada tetingkap carta. Untuk membaca berita ini sepenuhnya, hanya klik pada mesej itu.

Jika ia mengganggu anda, anda boleh menyahaktifkan paparan berita pada tetapan carta: hanya buka tab Peristiwa dan buang tanda semak dari notifikasi kemas kini Berita pada ciri carta.

Kami harap penambah baikan kecil ini dapat membantu anda kekal termaklum dengan pasaran dan meningkatkan analisa anda.

Pasukan TradingView

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami
Lancarkan Carta