Minda dalam aplikasi mudah alih: baca dan kongsi di mana sahaja anda berada

Aug 14, 2023

Pada tahun lepas, kami memperkenalkan ciri media sosial baharu kami — Minda. Ia merupakan satu suapan catatan mengenai instrumen kegemaran anda di mana anda boleh membaca, menulis, mengomen, mengetik suka dan tidak suka pada catatan. Kami mencipta Minda untuk memberikan anda lebih ruang untuk menjelaskan buah fikiran anda dan pada masa yang sama, menyatukan pedagang-pedagang dari seluruh dunia. Dan apakah yang menyatukan manusia lebih daripada akses pantas kepada ciri-ciri tanpa mengira masa dan tempat? Jadi hari ini, kami memperkenalkan Minda di dalam aplikasi mudah alih TradingView!

Sekarang anda boleh berkongsi pendapat anda dalam pasaran sejagat sekelip mata: cuma buka aplikasi, ketik pada satu instrumen dari senarai amatan anda untuk membuka skrin Simbol, tatal ke bawah dan pilih Minda. Sila pastikan ciri skrin simbol Tunjuk adalah aktif — untuk mengaktifkannya, anda perlu membuka Menu dan cari ciri dalam tetapan Senarai Amatan.

Minda akan mucul dalam tetapan mengikut susunan kronologi, jadi anda akan sentiasa melihat catatan terkini mengenai satu instrumen terlebih dahulu. Di sini anda boleh membaca, mengomen, mengetik suka dan tidak suka pada pendapat pengguna lain dan juga mencipta dan mengedit minda anda sendiri.

Sila ambil maklum bahawa semua pengguna boleh membaca, mengomen dan menyukai minda, tetapi hanya pengguna lama TradingView dan semua pemegang pelan naik taraf boleh mencipta minda mereka.

Apa kata anda mencubanya sekarang: buka aplikasi mudah alih TradingView atau memuat turunnya untuk iOS atau Android. Bincangkan mengenai pasaran sejagat dengan pengguna-pengguna lain dan beritahu pandangan anda.

Dapatkan aplikasi mudah alih

Kami mahukan anda mempunyai segalanya yang diperlukan oleh seorang pedagang atau pelabur, dan mengintegrasikan Minda ke dalam aplikasi mudah alih merupakan satu langkah dalam menjadikan TradingView  sebagai satu-satunya titik masukan anda untuk analisa pasaran. Kongsi maklum balas anda dan kekal berhubung untuk lebih banyak kemas kini di masa hadapan.

— Pasukan TradingView

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami
Lancarkan Carta