Mod paparan minimalis baharu untuk Senarai Amatan

Nov 17, 2023

Hari ini, kami telah membawa satu penambah baikan kecil tetapi diharapkan berguna kepada Senarai Amatan kami — satu mod paparan lebih ringkas tetapi masih berinformasi. Jika anda menyukai penampilan Senarai Amatan di aplikasi mudah alih kami atau mahu mencari satu paparan data yang lebih tersusun, ini adalah gaya yang anda perlukan.

Untuk melihat wajah baharu, hanya pergi ke tetapan Senarai Amatan dan nyahaktifkan mod paparan Jadual. Semua tetapan lajur dan data tambahan akan hilang, meninggalkan hanya harga dan statistik perubahan di sebelah simbol, supaya anda dapat memfokuskan kepada maklumat utama. Jangan risau, anda boleh kembali kepada mod jadual klasik semudah yang diingini jika itu yang anda mahukan.

Sila ambil maklum bahawa paparan jadual untuk senarai amatan tidak lagi tersedia di pelayar pada peranti mudah alih.

Kami harap mod baharu ini dapat membantu anda. Beritahu kami apa yang anda rasakan tentang kemas kini ini, kami sentiasa mengalu-alukan maklum balas anda.

Pasukan TradingView

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami
Lancarkan Carta