Ia sudah digandakan sekarang: lebih banyak pemberitahuan untuk setiap pelan!

Mar 13, 2023

Untuk kami, masih banyak lagi boleh diperbaiki. Dan kami tahu anda sangat menyukai pemberitahuan kami. Jadi 1+1, kami telah memutuskan untuk membahagikan had pemberitahuan kepada kategori harga dan teknikal untuk memberikan anda lebih lagi — ya! lebih banyak lagi — pemberitahuan. Ia sekarang sudah digandakan. Seronok bukan?

Bilangan maksimum pemberitahuan aktif untuk setiap pelan kami ditunjukkan seperti di bawah:

  • Basic — 2
  • Pro — 40
  • Pro+ — 200
  • Premium — 800

Bilangan pemberitahuan aktif untuk setiap jenis boleh dilihat pada bahagian pengurusan pemberitahuan:

  • P untuk Harga (Price)
  • T untuk Teknikal

Sehingga Jun 2023, kami telah menambahkan lagi bilangan pemberitahuan aktif untuk pelan Asas: sekarang 6 pemberitahuan tersedia untuk pelan ini secara keseluruhan, dengan 5 pemberitahuan harga dan 1 pemberitahuan teknikal. Anda boleh mendapatkan lebih maklumat mengenai had dan setiap jenis pemberitahuan di halaman GoPro dan Pusat Bantuan.

Seperti biasa, kami mengalu-alukan maklumbalas dan cadangan anda. Selamat berdagang.

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami
Lancarkan Carta