Pilih Semua: Pilihan Berbilang kini tersedia untuk Pemberitahuan

Mar 4, 2021

Lihat apa yang telah kami buat! Kami telah memperkenalkan alat pilihan berbilang untuk senarai pemberitahuan dan lognya , untuk memudahkan kerja anda.

Guna CTRL + A untuk memilih semua pemberitahuan atau peristiwa dengan serentak.

Tekan Ctrl/Cmd  dan klik pada pemberitahuan yang berkaitan untuk memilih satu per satu. Atau gunakan Shift + ↑/↓ di papan kekunci anda.

Tekan Shift dan klik untuk menambahkan semua pemberitahuan dalam kawasan dipilih.

Anda boleh mula semula, berhenti, mengeluarkan atau menduplikasikan semua pemberitahuan yang dipilih melalui butang-butang di bahagian atas bar atau melalui menu klik kanan.

Kami berharap anda mendapati ciri ini berguna. Kami sentiasa mengalu-alukan maklum balas dan cadangan anda, kerana ia membantu kami menjadi lebih baik. Terima kasih kerana memilih TradingView!

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami
Lancarkan Carta