Nasdaq Dubai: mengalu-alukan data baru saham, dana, bond dan hadapan

Jul 11, 2023

Lebih banyak data bermaksud lebih banyak pilihan kebebasan dalam keputusan dagangan anda — di TradingView, kami memahami perkara itu dan disebabkan itu kami tidak pernah berhenti menambahkan data pasaran baharu. Kali ini kami telah menambahkan saham, dana, bon dan hadapan dari sebuah bursa saham berpangkalan di  Dubai, Nasdaq Dubai.

Bursa ini ditubuhkan pada tahun 2005 dan pada mulanya hanya menyenaraikan ekuiti dan indeks, tetapi ia berkembang dengan pantas: dalam masa hanya dua tahun kemudian, ia telah menyenaraikan IPO terbesar di Timur Tengah pada masa itu — syarikat DP World, yang kemudiannya meraih 4.96 billion dolar. Penyenaraian lebih banyak syarikat dan pelancaran pasaran baru (termasuk pasaran derivatif ekuiti pertama di UAE), Nasdaq Dubai telah bertukar menjadi satu pemain utama di pasaran permodalan Timur Tengah. Pada masa yang sama, bursa ini cuba mengekalkan keperluan pasaran tempatan juga: pada tahun 2012, ia menurunkan keperluan permodalan pasaran untuk syarikat disenaraikan, dan dengan ini membuka pintu kepada syarikat-syarikat lebih kecil, termasuk syarikat yang dimiliki keluarga. Semua ini menjadikan Nasdaq Dubai sebagai satu pintu gerbang yang bagus untuk satu pasaran yang berkembang pesat dan pelbagai.

Dan untuk alasan yang sama, data Nasdaq Dubai merupakan satu tambahan bernilai kepada suapan data TradingView: dengan integrasi ini, anda boleh mengakses saham, dana, bon dan hadapan. Semua ini boleh ditemukan dalam carian simbol, hanya gunakan awalan “NASDAQDUBAI:”:

Kami percana kedua-dua pelabur berpengalaman dan pedagang baru akan mendapati penambahan ini berguna untuk analisa mereka. Sila beritahu pendapat anda tentang kemas kini baru kami — kami membina TradingView untuk anda dan sentiasa mengalu-alukan maklum balas anda.

Dan jangan lupa bahawa Nasdaq Dubai adalah satu daripada banyak lagi. Platform kami secara berwibawa menyambungkan dengan ratusan suapan data, dengan akses terus kepada 1,357,880 instrumen dari seluruh dunia. Semua ini menjadikan TradingView sebagai satu-satunya sumber yang anda perlukan sebagai titik masukan untuk segalanya pasaran.

Terokai semua pasaran

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami
Lancarkan Carta