Jenis carta baru — Tinggi-Rendah

Jul 21, 2022

Kami telah menambahkan satu jenis carta — Tinggi-Rendah. Ia berada di dalam menu pilihan jenis carta.

Bar-bar adalah dibina berdasarkan nilai-nilai harga maksimum dan minimum untuk satu rangka masa yang diberikan. Nilai-nilai harga di mana carta dibina adalah dipaparkan pada setiap bar, di bawah dan di atas bar masing-masing. Jenis carta ini adalah sesuai untuk melihat penunjuk-penunjuk asas, di mana ianya penting untuk melihat dengan cepat julat di mana nilai berubah sepanjang rangka masa yang dipilih.

Di dalam Tetapan Carta pada tab Simbol, anda boleh mengubah warna bar-bar, garis bentuk dan teks.

Kami mengalu-alukan maklum balas dan cadangan anda. Terima kasih kerana memilih TradingView!

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami
Lancarkan Carta