Alat lukisan baru — Bulatan!

Mar 21, 2022

Sekarang, untuk menandakan kawasan yang diingini pada carta, anda boleh menggunakan alat lukisan baru — Bulatan.

Prinsip penggunaan adalah sangat mudah: klik tetikus pertama menetapkan titik tengah bulatan, dan dengan menggerakkan kursor dan mengklik sekali lagi anda menetapkan radius.

Sila ambil maklum bahawa apabila anda menukar skala, perkadaran untuk carta akan juga berubah, tetapi bulatan akan mengekalkan bentuknya. Disebabkan ini, kandungan yang dibulatkan mungkin berubah juga. Untuk mengelakkan ini, dayakan pilihan Kunci nisbah harga kepada bar.

Di dalam menu tetapan, anda boleh menukar warna garisan bulatan, ketebalannya dan ketelusannya, menetapkan warna dan ketelusan latarbelakang, atau mematikannya sepenuhnya.

Kami harap anda akan menyukai Bulatan, dan ia akan berguna semasa bekerja dengan carta.

Kami mengalu-alukan maklumbalas dan cadangan. Terima kasih kerana memilih TradingView!

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami
Lancarkan Carta