Penunjuk Baharu Sudah Tersedia — Time Price Opportunity (TPO)

Feb 27

Konsep TPO, juga dikenali sebagai “Profil Pasaran”, telah diformulasikan oleh J. Peter Steidlmayer pada tahun 1980-an. TPO membantu pedagang menggambarkan pergerakan harga semasa tempoh profil berkembang dan pemusatan harga pada tingkatan-tingkatan tertentu sepanjang tempoh tersebut. Anda juga boleh menggunakan nilai-nilai yang sepadan dari Profil Volum yang disertakan untuk mengesahkan kepentingan setiap tingkatan TPO dengan volumnya:

Profil di sebelah kiri pada carta di atas adalah TPO. Profil pada bahagian kanan adalah profil pilihan Profil Volum. Setiap profil TPO mewakili satu tempoh masa tetap harian, mingguan atau bulanan. Anda boleh menentukan butiran mendatar (masa) dan menegak (harga) profil dari tetapan penunjuk.

Saiz untuk blok masa membahagikan setiap tempoh masa menentukan butiran menegak profil. Anda boleh memilih saiz blok antara lima minit dan empat jam. Setiap blok masa berturut-turut dikaitkan dengan satu huruf yang menentukan bila ia terjadi dalam satu tempoh masa. Profil pada awalnya menggunakan huruf besar dari A ke Z, kemudian menggunakan huruf kecil jika diperlukan. Blok “A” akan muncul pada setiap tingkatan harga yang dilawati semasa blok masa pertama, blok “B” akan muncul untuk tingkatan dengan aktiviti harga semasa blok masa kedua dan seterusnya.

Saiz setiap barisan dalam profil menjelaskan butiran menegaknya. Penunjuk boleh menentukan saiz barisan secara automatik atau anda boleh memilih secara manual bilangan tick untuk setiap barisan.

Satu penunjuk pendamping Sesi TPO, yang memisahkan profil merentasi sesi-sesi yang boleh dikonfigurasikan selain tempoh mutlak, juga tersedia.

Pengguna dengan pelan Premium dan lebih tinggi akan menemukan kedua-dua versi penunjuk TPO dalam bahagian “Teknikal/Profil” di dalam tetingkap “Penunjuk, Metrik & Strategi”.

Memisahkan dan menggabungkan profil

Anda boleh memisahkan atau menggabungkan secara interaktif profil-profil individu, yang berguna apabila anda mahu memeriksa bahagian tertentu dalam carta dengan tingkatan butiran lebih mendalam. Untuk menggunakan ciri ini, anda perlu klik kanan mana-mana blok profil dan pilih tindakan yang sesuai dari menu konteks. Sila ambil maklum bahawa ciri ini tidak tersedia untuk Sesi TPO.

Mengagihkan blok-blok sepanjang satu tempoh masa

Selain daripada menggambarkan blok-blok teragregat dalam satu profil tunggal, anda boleh mengagihkan mereka sepanjang setiap blok masa merentasi tempoh masa profil. Kefungsian ini dapat membantu anda memahami pengiraan butiran untuk setiap blok dan aliran aktiviti harga merentasi masa. Untuk mengaktifkan paparan ini, gunakan kotak semak “Pisah menggunakan blok” dalam tab penunjuk “Tetapan/Gaya”.

Tingkatan utama

Anda boleh menggunakan kotak semak dalam tab “Tetapan/Gaya” untuk membenarkan profil memaparkan beberapa tingkatan harga, termasuk VAH, VAL, titik tengah, buka, tutup, single print dan poor high/low.

Halaman Pusat Bantuan kami untuk TPO dan Sesi TPO memberikan maklumat untuk membantu anda menggunakan sepenuhnya penunjuk-penunjuk ini.

Kami harap anda akan mendapati ciri yang sangat dipinta ini berguna seperti mana kami rasakan, dan sila teruskan menghantar kepada kami maklum balas dan cadangan supaya kami boleh menjadikan platform ini sebaik yang mungkin. Kami membina TradingView untuk anda dan kami sentiasa berminat untuk mendengar buah fikiran anda.

— Pasukan TradingView

 

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami
Lancarkan Carta