Memperkenalkan halaman baru Pasaran: satu pandangan menyeluruh untuk pasaran kewangan

Apr 19, 2023

Hai semua! Pasukan kami bertungkus-lumus bekerja untuk memberikan anda alatan terbaik untuk pencartaan dan analisis, yang terkenal dengan UX dan keberkesanannya. Tetapi ini bukanlah semata-mata perkara yang kami fokuskan. Kami juga berusaha untuk memastikan anda mempunyai data kewangan yang mencukupi untuk melakukan keputusan yang tepat. Dan sebagai sebahagian daripada usaha ini, kami memperkenalkan halaman Pasaran baru — satu kawasan di mana anda boleh melihat pasaran dari pelbagai sudut. Mari lihat dan mula menerokai pasaran!


Pergi ke halaman Pasaran

Halaman Pasaran adalah direkabentuk untuk memberikan pedagang dan pelabur dengan satu pandangan yang menyeluruh mengenai pasaran kewangan. Ia menawarkan kekayaan maklumat, termasuk carta masa nyata, sebut harga langsung dan kalendar peristiwa. Platform lengkap dalam satu ini menjadikannya mudah untuk anda kekal termaklum mengenai semua perkara yang terjadi dalam pasaran.

Kami suka mendengar pendapat anda mengenai halaman Pasaran. Kami mempunyai perancangan berwawasan tinggi untuk menjadikan TradingView sebagai satu kedai untuk semua, khas kepada mereka yang berminat dalam pasaran kewangan, tanpa mengira asset yang mereka minati. Seperti biasa, maklumbalas anda adalah penting untuk kami sepanjang perjalanan ini.

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami
Lancarkan Carta