Pelancaran Perpustakaan Carta dan Terminal Perdagangan Versi ke-16

Aug 7, 2020

Kami telah melancarkan versi terbaru Perpustakaan Carta dan Terminal Perdagangan kami, dengan gaya baru, pembaikian pepijat dan meningkatkan boleh suai dan kemudahan, terutamanya peranti mudah alih. Berikut merupakan perubahan yang baru:

Perubahan Major:

  • Gaya baru pada butang pane (Isu Github #4608).
  • Gaya petunjuk boleh suai baru (Isu Github #4607),dialog objek lukisan (Isu Github #4600), dan dialog Ciri Carta (Isu Github #862), terutamanya peranti mudah alih.
  • Anda kini boleh zum kawasan spesifik pada carta dengam Ctrl (Isu Github #4606).
  • Mengemaskinikan gaya Alat Mengukur (Isu Github #4604), status pemuatan penunjuk(Isu Github  #4603), dan kotak maklumat alat melukis(Isu Github  #4602).
  • Mod penjejak kini tersedia dalam perpustakaan. (Isu Github #4111); dan
  • Sokongan IE telah dihentikan dan semua kerja yang berkaitan telah ditutup (Isu Github  #4238).

Perubahan API:

  • Menambahkan kebolehan untuk menetapkan hari bekerja dan hujung minggu bursa untuk sesi (Isu Github #4467).
  • Melanjutkan API untuk mengaitkan penunjuk dan siri kepada skala harga tertentu (Isu Github #4788), supaya anda boleh mencipta penunjuk yang berpaut kepada skala spesifik dan menggerakkan penunjuk dan siri antara skala.
  • Menambahkan peristiwa untuk menukarkan skala siri dan penunjuk (Isu Github #4884). Anda boleh melanggan peristiwa ini dan mencari penunjuk yang telah bergerak dalam masa nyata.
  • Menambahkan penunjuk menggunakan createStudy(Isu Github #4590) dan aksi menukarkan tema boleh dibatalkan oleh pengguna (Isu Github #4982).
  • Menambahkan getTheme method yang memulangkan nama tema warna semasa (Isu Github #4534).
  • Menambahkan kebolehan untuk mencari/menukar warna atau gaya siri carta tertentu dalam susun atur (Isu Github #4169); dan
  • Sebelum ini, semua objek lukisan dicipta melalui API diletakkan pada carta dengan utama. Anda kini boleh memilih carta yang mana untuk meletak objek lukisan(Isu GitHub #3408).

Terminal:

  • Meletakkan getters/setters/events untuk menyegerakkan Simbol, Selang, Rerambut Silang, dan Masa (Isu Github #3997).
  • Menambahkan always_has_called_order_to_modify untuk mendapatkan maklumat pesanan diubah (Isu Github  #4705). Anda juga boleh memilih pesanan mana yang dipulangkan selepas perubahan.
  • Jika penyegerakan selang diaktifkan, julat Tarikh akan dimuatkan kepada semua carta (Isu Github  #4605); dan
  • Menambahkan tooltip yang hilang di butang dalam widget DOM (Isu Github #3979).

Ciri-ciri lain:

  • Menambahkan kebolehan untuk menutup fungsi penatalan carta mendatar dan menegak (Isu Github #4483), ia amat berguna untuk peranti mudah alih.
  • Pelaksanaan yang lebih fleksibel untuk kaedah menukarkan warna elemen perpustakaan. Buat masa ini, anda boleh menukarkan semua warna di skrin asal. toolbar_bg tersembunyi untuk widget dan tidak boleh lagi digunakan (Isu Github #3998).
  • Menambahkan featureset untuk memaparkan header dalam mod skrin penuh (Isu Github #2610).
  • Saiz fon untuk objek lukisan boleh diset dalam pt (Isu Github #4353).Jika nilai fon yang tidak sah dimasukkan , amaran akan dipaparkan.
  • Kini, anda perlu menggunakan API Skala harga dalam overrides dan bukan priceAxisProperties (Isu Github #4865).
  • Menambahkan keboleh untuk mencipta LineToolRiskRewardLong/Short dengan dua poin (Isu Github #2381), anda boleh menentukan tarikh akhir.

Membaiki pepijat:

  • Semasa mencipta lukisan, jika ialah jatuh di kawasan tanpa data, maka ia akan diletakkan di titik yang paling kir. Jika item itu dicipta pada masa depan, ia akan dipaparkan titik paling dekat dengan resolution ditetapkan. (Isu Github #4878).
  • Ciri timezone_menu kiniberfungsi dengan biasa (Isu Github #4836).
  • Kami telah mengeluarkan argument tidak berguna untuk kaedah executeActionById daripada dokumentasi (Isu Github #4828).
  • Membaiki jenis argument kaedah onVisibleRangeChanged(Isu Github #4802).
  • Membaiki isu menyahaktifkan Penjejakan OHLC dan perubahan bar semasa mod penjejakan dinyahaktifkan (Isu Github #4797).
  • Konsol tidak lagi memaparkan ralat berkaitan dengan menukarkan saveLoadAdapter untuk susun atur carta berganda (Isu Github #4776).
  • Perubahan kepada skala harga untuk penunjuk yang menggunakan changePriceScalekini boleh dilaksanakan dengan segera (Isu Github #4774).
  • Membaiki bendera supportMarketOrders . dialog pesanan kini memaparkan medan harga dengan betul (Isu Github #4765).
  • Pips kini dikemaskini dengan segera apabila harga bertukar Isu Github #4761).
  • Mengeluarkan butang Mengembangkan carta daripada perpustakaan (Isu Github #4744), kerana ia hanya relevan untuk susun atur carta berganda (beberapa carta pada skrin yang sama).
  • Mengeluarkan perawakan warna untuk penunjuk pertama kali dicipta (Isu Github #4740). Warna tersebut kini sepadan dengan yang ditentukan dalam kod.
  • Membaiki paparan Moving Average pada selang resolusi Saat. (Isu Github #4730).
  • Butang BELI kini tidak akan menjadi aktif sehingga semua maklumat yang diperlukan diisi dengan betul (Isu Github #4718).
  • Overrides kini boleh dilaksanakan dengan betul semasa mengeset semula tetapan carta (Isu Github #4706).
  • Tetapan tera air kini boleh disimpan dengan betul dalam LocalStorage(Isu Github #4681).Ini bermakna apabila laman dikemas kini, tetapan tidak ditukar kepada tetapan lalai.
  • Resolusi kini boleh pulang ke format tunggal, 1D (Isu Github #4630). Sebelum ini, resolusi dipulangkan dalam format berbeza dan ini menjadikan pemprosesan sukar.
  • Overrides kini boleh dilaksanakan jika tema tidak ditetapkan (Isu Github #4621).
  • Membaiki masalah dalam bekerja dengan zOrdersemasa mencipta lukisan(Isu Github #4611).
  • Panggil balik(callback) untuk menyimpan carta kini dipanggil untuk semua kes (Isu Github #4573), walaupun tiada perubahan.
  • getAllShapeskini memulangkan semua lukisan dengan nama yang betul (Isu Githubs #4507 #4498).
  • Kami telah memulangkan pilihan untuk Menyembunyikan tanda pada bar kepada menu konteks perpustakaan (Isu Github #4506).
  • closePopupsAndDialogs kini menutupkan menu konteks baru penunjuk dan tetingkap syot kilat (Isu Github #4438#4051).
  • Kini, hanya akan dialihkan ke lama TradingView apabila mengklik pada logo/ikon(Isu Github #4423), dan bukan hanya meletakkan kursor di atas logo dan melepaskan butang kiri tetikus.
  • Dengan melanggan kepada drawing_eventdan mengklik pada lukisan, anda boleh melihat ID dalam konsol (Isu Github #4302).
  • Pengoptimuman kaedah creatShape (Isu Github #4219), kini berfungsi lebih cepat dan tidak mengandungi ralat.
  • Mengeluarkan ralat dan amarana dalam konsol semasa memuatkan carta(Isu Github #4196).
  • Membaiki ralat berkaitan dengan menu konteks dan tetingkap dialog lama (Isu Github #4136).
  • Menggerakkan garis pesanan dengan roda tetikus anda kini mencetuskan peristiwa onMove(Isu Github #4084).
  • Semua simbol ditambah kini dipaparkan dengan betul dalam petunjuk
  • Semasa berkongsi syot kilat carta anda di Twitter, teks penerbitan kini boleh dimasukkan dengan betul (Isu Github #3732).
  • Membaiki masalah akses kepada tetapan apabila studies_access di aktifkan (Isu Github #3630); dan
  • Membaiki masalah penatalan carta apabila kursor keluar daripada tetingkap pelayar (Isu Github #1908).

 Kami berharap kemas kini ini dapat membantu anda dan berharap  anda menikmati pelancaran terbaru ini dan juga pembaikian major. Sila menghantar komen, maklum balas dan cadangan anda tentang kemas kini ini atau apa yang anda ingin lihat pada masa depan. Kami bergembira mendengar daripada anda kerana ia membantu kami membina projek besar yang seterusnya. 

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami
Lancarkan Carta