Tekan untuk megesan nilai pada peranti mudah alih!

Apr 25, 2019

Banyak pengguna kami menghadapi masalah untuk mengesan nilai & menggunakan carta pada peranti mudah alih. Berikut adalah isu-isu umum yang menyebabkan kekecewaan.

  • Pengguna ingin melihat nilai carta penting tanpa pertindihan pada carta.
  • Para pengguna ingin menatal ke kiri untuk melihat sejarah tanpa menggerakkan penunjuk bar.

 Tidak lagi perlu memilih salah satu daripada mod yang sedia ada! Anda kini boleh menggunakan semua ciri carta dengan lebih mudah. 

Kami telah menjadikannya lebih mudah!

  • Hanya harga terakhir & perubahan harga untuk hari perdagangan terakhir akan dipaparkan dalam petunjuk carta di peranti mudah alih secara lalai.
  • Jika anda perlu mengesan nilai bar( Buka , Tinggi, Rendah , Tutup, Perubahan) dan nilai petunjuk, anda perlu menekan pada bar . Anda boleh menggerakkan penunjuk bar tanpa mengalihkan jari anda daripada skrin. Jika anda ingin keluar mod mengesan nilai, alihkan jari anda daripada skrin.

Sila ambil maklum bahawa menu konteks objek-objek yang dipaparkan selepas ditekan adalah sama dengan sebelum ditekan. Namun demikian, terdapat sedikit perubahan – objek perlu dipilih dahulu. Dengan kata lain, untuk melihat menu konteks bagi sesuatu garisan, anda menekan untuk memilih terlebih dahulu dan kemudian menekan dengan lebih lama pada garisan tersebut.

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami
Lancarkan Carta