TradingView mengintegrasikan data indeks kripto Osmosis

Jul 3, 2023

Alam semesta kripto semakin berkembang, disebabkan itu adalah penting untuk mendapatkan akses kepada sebanyak mungkin data yang ada — untuk merangkumi keseluruhan skala peluang. Hari ini, kami memperkenalkan satu lagi sumber data untuk membantu anda — selamat datang, Osmosis!

Osmosis (OSMO) ialah satu bursa tidak berpusat (DEX) untuk Cosmos, satu ekosistem rantaian blok berdaulat yang boleh dikendalikan. Sebagai satu rantai aplikasi DEX, Osmosis boleh memberikan lebih kawalan kepada tindanan blok rantainya — tidak seperti bursa lain yang perlu mengikut kod rantai ibu nya (parent chain). Ini membantu Osmosis menambah baik keselamatan Proof-of-Stake dengan membangunkan Superfluid Staking, satu teknologi hebat yang membenarkan anda menindan (stake) token OSMO untuk mendasari posisi penyedia kecairan anda.

Ini membenarkan pengguna Osmosis mendepositkan token dalam pelbagai kolam kecairannya untuk mendapatkan bayaran protokol dan insentif token. Selain daripada itu, mereka boleh menukar 100+ token sepanjang blok rantai, termasuk Ethereum, Avalanche, dan Polkadot, dan banyak lagi, Osmosis memberikan DeFi dioptimumkan dengan UX untuk hadapan silang rantai (cross-chain future).

Sekarang, Osmosis berkongsi datanya dengan pengguna TradingView. Anda boleh mengaksesnya dengan menaip awalan “OSMOSIS:” dalam ruangan carian simbol. Indeks kripto menjejak harga token bursa ini dalam USD pada bila-bila masa yang anda kehendaki:

Kami terus menambahkan data baru untuk menjadikan analisa pasaran kripto anda lebih komprehensif, dan kami harap tambahan terbaru ini berguna. Sekiranya anda masih merasakan ada kehilangan data, sila beritahu kami dan kami akan melakukan yang terbaik untuk menambahkannya.

Dan jangan lupa bahawa Osmosis adalah satu daripada banyak lagi. Platform kami secara berwibawa menyambungkan dengan ratusan suapan data, dengan akses terus kepada 1,357,880 instrumen dari seluruh dunia. Semua ini menjadikan TradingView sebagai satu-satunya sumber yang anda perlukan sebagai titik masukan untuk segalanya pasaran.

Terokai semua pasaran

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami
Lancarkan Carta