Pakar Skrip Pine® kami untuk tahun 2023

Mar 15, 2023

Individu-individu yang menyertai dewan kemasyuran Skrip Pine® kami selalunya mempunyai sejarah penerbitan skrip sumber terbuka yang bermutu tinggi. Pada tahun ini mereka berkongsi satu lagi ciri lain: kesemua mereka merupakan peserta tetap di dalam forum Soal Jawab di mana mereka membantu pengaturcara-pengaturcara Pine yang baru bermula.

Keempat-empat peserta TradingView ini adalah gambaran tentang bagaimana untuk menjadi peserta contoh dalam komuniti pengaturcara Pine kami. Komitmen mereka untuk membantu yang lain, sama ada dalam menguruskan forum Soal Jawab rasmi kami dan memberikan panduan kepada pengaturcara-pengaturcara lain Pine, menggambarkan semangat murni yang menjadikan komuniti kami sangat istimewa.

Peserta-peserta ini adalah pakar-pakar yang baik hati dan pemurah yang bertanggungjawab membantu ramai pedagang membina alat-alat dengan Pine dan mengambil alih dagangan dengan tangan mereka sendiri, seperti matlamat yang TradingView ingin jangkaui.

Jika itu masih belum mencukupi, pakar-pakar 2023 kami juga telah memberikan sumbangan besar di belakang tabir dalam membantu pasukan TradingView dan PineCoder untuk terus menjadikan platform ini lebih baik dari masa ke semasa.

Temui calon-calon Pakar Pine 2023 kami. Dari semua pengguna TradingView, setinggi-tinggi terima kasih!

Bjorgum

Dengan kunjungan sebanyak skrip yang dia telah terbitkan, lelaki ini merupakan satu anomali yang menarik. Kod janaannya yang sempurna, beserta visual dan penjelasan menunjukkan sifat kreativiti yang luar jangkaan dan  profesionalisme beliau. Jika ini masih belum mencukupi, ditambah dengan kegigihan beliau menjawab pelbagai soalan setiap minggu di dalam forum Soal Jawab kami, ia menunjukkan pengetahuan mendalam beliau dalam Skrip Pine® dan telah memberikan sumbangan tidak ternilai untuk pengaturcara-pengaturcara dari setiap tingkatan kemahiran.

fikira

Pada tahun 3000, senarai terbitan fikira berkemungkinan besar akan digunakan sebagai panduan untuk mempelajari sejarah Skrip Pine®, dengan beliau secara sistematiknya sentiasa meletakkan ciri-ciri baru untuk digunakan di dalam skrip pendidikan, eksperimen atau praktikalnya. Dia juga seorang peserta tetap di dalam forum Soal Jawab kami, dan merupakan wira di belakang tabir, yang sekaligus menunjukkan dia bukan sekadar seorang pengekod yang hebat, tetapi juga dilahirkan sebagai seorang pendidik.

allanster

Beliau merupakan seorang penulis yang terkenal dengan pelbagai skrip yang kreatif, berguna dan unik. Hasil kerja beliau boleh dipercayai disebabkan sifat kekemasan dan ketelitian yang ada dalam dirinya. Beribu-ribu pengaturcara telah mendapat manfaat dari sumbangan beliau dalam forum Soal Jawab kami, di mana beliau telah menjawab pelbagai soalan-soalan selama bertahun-tahun. Nasihat beliau juga telah menjadi rujukan penting untuk memandu pasukan PineCoder semenjak ia ditubuhkan.

HeWhoMustNotBeNamed

Seorang penulis yang banyak mengeluarkan karya, beliau boleh menganggap dirinya sebagai raja ZigZag di TradingView. Bukan sahaja beliau popular dengan pedagang-pedagang dan pengaturcara-pengaturcara yang lain, dia juga sering menerbitkan idea-idea pendidikan dan berkongsi penguasaan beliau dalam Skrip Pine® dengan pengaturcara-pengaturcara yang lain di dalam forum Soal Jawab kami. Di belakang tabir, beliau merupakan penyumbang tidak ternilai untuk banyak projek-projek PineCoder. Beliau mewakili gambaran bagaimana menjadi seorang ahli komuniti yang terulung.

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami
Lancarkan Carta