Pertandingan Menerbitkan Idea Awam di TradingView

Aug 29, 2019

Ingin memenangi naik taraf percuma?

TradingView MY akan mengadakan Pertandingan Menerbitkan Idea yang Terbanyak pada bulan Jun 2020 ini.

Terbitkanlah sebanyak mungkin idea awam di TradingView(versi BM) dan anda berpeluang memenangi naik taraf percuma kepada akaun yang lebih tinggi untuk 6 bulan.

Akaun pemenang akan dinaik taraf selama 6 BULAN mengikut kaedah berikut:

Percuma -> Pro Basic

Pro Basic -> Pro Plus

Pro Plus -> Pro Premium

* Contohnya, untuk layak memenangi Pro Plus/Premium , anda harus mempunyai akaun Pro Basic/Plus sedia ada yang aktif untuk 6 bulan yang akan datang.

Syarat-syarat pertandingan:

  1. Idea anda harus diterbitkan secara awam di TradingView versi Bahasa Melayu.
  2. Anda boleh menerbitkan idea untuk mana-mana pasaran atau instrumen.
  3. SETIAP idea awam yang diterbitkan harus menpunyai tag jun20. Isikan ruangan tag dengan perkataan ‘jun20’ tanpa menggunakan tanda # atau ‘.  Contohnya seperti imej di bawah:

  1. Pertandingan ini akan berlangsung dari 1 Jun 2020 sehingga 30 Jun 2020.
  2. Peserta perlu menerbitkan sekurang-kurangnya 15 idea awam pada bulan Jun untuk layak memasuki pertandingan ini.
  3. Idea yang diterbitkan harus mematuhi peraturan dalaman.
  4. Peserta yang tidak berjaya memenangi pertandingan ini tetapi telah menerbitkan lebih daripada 70 idea awam pada bulan Jun 2020 akan layak menerima naik taraf percuma selama 6 bulan. Setiap idea awam harus mempunyai tag ‘jun20’.
  5. Selepas mengumumkan pemenang, keputusan kami adalah muktamad.

Menarik bukan? Marilah terbitkan sebanyak yang boleh idea-idea anda dan kongsikan kepada rakan-rakan anda yang lain pada bulan Jun 2020 ini.

Jika anda mempunyai sebarang soalan, boleh bertanya di bilik sembang Saham atau Forex. https://my.tradingview.com/chat/#stock_ms_MY

 

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami
Lancarkan Carta