Skrip Pine Kini Menjadi Semakin Cepat

Aug 13, 2020

Di TradingView , kami sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengalaman pengguna supaya menjadi lebih cepat dan mudah.

Kami telah berusaha untuk mengoptimumkan masa untuk mengkompil sebuah skrip. Dengan perubahan baru-baru ini, kelajuan pengkompilan untuk penunjuk dan strategi Pine telah bertambah dengan banyak. Hari ini, keputusan ujian kami menunjukkan bahawa secara purata, skrip yang digunakan dalam ujian dikompil 1.5 hingga 2 kali lebih cepat daripada sebelum pengoptimuman.

Perubahan ini dilaksanakan secara keseluruhan, jadi pengoptimuman ini akan memberi kesan kepada semua skrip tanpa mengira versi Pine yang ditulis. Sudah tentu, perubahan ini akan menjadi lebih ketara kepada mereka yang suka membuat penunjuk yang kompleks dan menarik yang biasanya memerlukan lebih banyak masa untuk kompil. Anda tidak perlu lagi menunggu dengan lama.

Kami berharap anda akan menikmati kemas kini ini dan kami mengalu-alukan maklum balas anda. Maklumkan kepada kami apa yang diperlukan pada masa hadapan, dan kami akan berusaha untuk menambahkannnya dalam kemas kini kami yang seterusnya. Buat masa ini, nikmatilah pengoptimuman Pine yang terkini dan maklumkan kepada kami pendapat anda.

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami
Lancarkan Carta