Pakar Pine Script️™ kami untuk 2024

Jan 15

Sekali lagi, sekarang sudah sampai masanya pada tahun ini untuk kami memperkenalkan ahli-ahli baharu kami kepada Dewan Kemasyhuran Pine Script️® kami. Penulis-penulis hebat ini bukan hanya seorang pengaturcara; mereka adalah tunjang utama dalam komuniti kami, menyumbangkan kepintaran, kemahiran dan pengetahuan untuk meningkatkan pengalaman TradingView kepada semua.

Seperti pendahulu mereka yang lain, dua Pakar ini telah menganugerahkan satu khazanah skrip sumber terbuka kepada komuniti TradingView, memberikan alatan dagangan yang telus dan serba boleh yang memberikan ilham kepada ramai pengaturcara Pine. Sila terokai ciptaan mereka. Hasil kerja mereka yang telah diterbitkan adalah secantik kegunaan mereka.

Tanpa berlengah lagi, temui Pakar Pine 2024 kami. Dengan nama semua ahli-ahli TradingView, terima kasih!

KioseffTrading

Skrip KioseffTrading mendefinasikan semula estetika carta. Beliau dikenali untuk penvisualan profil volum dan delta volum, pengaturcara yang berkemahiran tinggi ini secara berseni telah menggabungkan seni dengan analitik untuk mengeluarkan skrip-skrip berguna dengan visual menawan. KioseffTrading merupakan seorang penyumbang aktif kepada aktiviti-aktiviti PineCoders, dengan meninggalkan jejak kekal pada projek-projek yang telah memberikan manfaat kepada semua pengguna TradingView.

LuxAlgo

Pasukan LuxAlgo adalah satu kuasa besar dalam lanskap skrip Komuniti TradingView yang sentiasa berkembang, mereka dengan konsistennya telah mengeluarkan skrip-skrip sumber terbuka dengan kualiti dan utiliti hebat yang merangkumi spektrum konsep pelbagai dan asli. Sumbangan LuxAlgo telah menjadi kegemaran pedagang dan pengaturcara yang mencari skrip-skrip serba boleh peringkat teratas.

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami
Lancarkan Carta