Data kripto Pionex sekarang tersedia di TradingView

Dec 8, 2023

Dalam langkah untuk memberikan lebih banyak peluang penyelidikan untuk peminat tegar kripto kami, kami telah mengintegrasikan data dari Pionex, sebuah platform dagangan kripto yang sedang berkembang dan inovatif yang menawarkan niaga hadapan kekal (perpetual futures).

Ditubuhkan pada tahun 2019, Pionex telah berkembang dengan pantas sebagai sebuah platform dagangan perintis yang menawarkan pengguna-pengguna satu pengalaman dagangan yang lancar dengan bot dagangan terbina dalamnya. Ekosistem dagangan komprehensifnya buat masa ini menawarkan lebih daripada 10 juta bot dagangan aktif yang memperkasakan pengguna dengan strategi dagangan automasi yang boleh diakses kepada kedua-dua pedagang berpengalaman dan baharu dalam ruangan kripto. Dengan pangkalan pengguna yang sudah melepasi 5 juta orang, Pionex terus membangunkan perkhidmatannya merentasi 100 negara.

Sebagai langkah seterusnya dalam misi penaklukan pasaran, Pionex telah membawa datanya ke TradingView,  membenarkan jutaan pedagang dan pelabur kami untuk menganalisa hadapan kekal (perpetual futures) di BTCUSDT, BTCETH, dan banyak lagi terus pada carta TradingView. Untuk mencari data baharu, hanya buka carian simbol dan taip awalan “PIONEX:”:

Kami percaya integrasi ini akan menjadi satu tambahan bernilai untuk suapan data kripto kami. Beritahu kami apa anda fikir mengenai kemas kini ini dan ingat bahawa Pionex adalah satu daripada banyak lagi. Platform kami secara berwibawa menyambungkan dengan ratusan suapan data, dengan akses terus kepada 1,357,880 instrumen dari seluruh dunia. Semua ini menjadikan TradingView sebagai satu-satunya sumber yang anda perlukan sebagai titik masukan untuk segalanya pasaran.

Terokai semua pasaran

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami
Lancarkan Carta