January 28, 2020

Ramal dan Menang

Ramal dan Menang Naik Taraf Percuma Akaun TradingView 

Salam sejahtera kepada semua.  TradingView akan mengadakan pertandingan meramal arah harga FBMKLCI. Pertandingan ini akan berlangsung dari 29 Jan 2020 sehingga 13 Mac 2020.

Pemenang akan menerima naik taraf percuma kepada akaun yang lebih tinggi untuk satu tahun.

Akaun pemenang akan dinaik taraf selama  SETAHUN mengikut kaedah berikut:

Percuma -> Pro Basic

Pro Basic -> Pro Plus

Pro Plus -> Pro Premium

Syarat-syarat pertandingan seperti berikut:

  1. Setiap hari anda berpeluang membuat ramalan sama ada FBMKLCI akan tutup lebih tinggi atau lebih rendah pada keesokan hari (5pm)
  2. Contohnya, jika hari ini ialah 29 Jan 2020, anda akan membuat ramalan untuk esok hari( 30 Jan 2020) sama ada harga akan tutup(pada jam 5 petang) lebih tinggi atau lebih rendah daripada harga buka( pada jam 9 pagi )
  3. Kemudian hantarkan ramalan anda di bilik sembang  Saham dan Indeks (https://my.tradingview.com/chat/#stock_ms_MY) dalam format DDMM Naik/Turun . DDMM mewakili tarikh dan bulan ramalan anda. 
    ( Contoh: 2901 Naik , 0402 Turun , 1402 Turun).
  4. Waktu Terakhir untuk menghantar ramalan anda di bilik sembang adalah sebelum pasaran bursa Malaysia buka pada jam 9 pagi. 
  5. Jika ramalan anda tepat, anda akan diberi satu mata.
  6. Kami akan menilai ramalan anda berdasarkan carta lilin(candlestick) FBMKLCI di TradingView. Harga dari platform lain tidak akan diterima. https://my.tradingview.com/symbols/FTSEMYX-FBMKLCI/
  7. Keputusan harian akan direkod di google sheet ini. Jika anda mendapati keputusan ramalan anda direkod salah, sila hubungi kami di bilik sembang.
  8. Apabila pertandingan tamat pada 13 Mac 2020, peserta yang berjaya mengumpulkan mata yang terbanyak akan memenangi pertandingan ini. Sekiranya terdapat lebih daripada satu pemenang yang berjaya mengumpul mata yang terbanyak, hadiah akan dibahagikan sama rata antara pemenang.  Contohnya, jika terdapat 2 pemenang, setiap pemenang akan menerima naik taraf percuma untuk 3 bulan.
  9. Selepas mengumumkan pemenang, keputusan kami adalah muktamad. 

Semoga anda berjaya dalam pertandingan ini!

Look first / Then leap

Lancarkan Carta